LAWATAN LAPANGAN PENGENALAN KERJAYA GEOLOGI

LAWATAN LAPANGAN PENGENALAN KERJAYA GEOLOGI

Seremban, 13 Oktober 2018 - Satu lawatan lapangan telah diadakan di kawasan Bukit Kepayang, Seremban, Negeri Sembilan sempena memperkenalkan kerjaya geologi kepada pelajar Sekolah Menengah Sains Perempuan Seremban.  Sekolah tersebut telah memilih kerjaya geologi sebagai kerjaya untuk dipertandingkan di Pertandingan Kerjaya Peringkat SBP 2018. Pertandingan tersebut akan diadakan di Sekolah Menengah Sains Batu Pahat pada bulan November 2018 akan datang. 

e7e7085d 8ccf 4526 bef8 23fc71574916

Sesi temuramah oleh Pelajar

53c16df6 277c 42c5 9222 a8beed2c935d

Pelajar bersama guru pengiring dan En Zaini Kassim (Geologist) serta Puan Norhayati (JMG NSM) bergambar sebelum kerjalapangan dijalankan

Di dalam kerjalapangan tersebut pelajar telah didedahkan tentang peralatan kerjalapangan yang digunakan sepanjang kerjalapangan dijalankan. Turut didedahkan kepada mereka adalah cara kerjalapangan dibuat dan kaedah memetakan kawasan dan sedikit pengenalan batuan. Secara umumnya pelajar berpuas hati dan telah mendapat maklumat untuk dibentangkan di dalam pertandingan akan datang.

 

Written by : norhayati_mr