MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN INFRASTRUKTUR ICT (JKIK ICT) BIL. 1/2019

MESYUARAT JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN INFRASTRUKTUR ICT (JKIK ICT) BIL. 1/2019

KUCHING, SARAWAK (13 FEBRUARI 2019) : RABU, Satu mesyuarat Jawatankuasa Keselamatan dan Infrastruktur ICT (JKIK ICT) bil. 1/2019 telah diadakan di Merdeka Palace Hotel, Kuching, Sarawak pada pagi ini 13 Februari 2019 jam 9.00 pagi.

Jawatankuasa mesyuarat ini merupakan salah satu Program Mesyuarat Pengurusan Maklumat anjuran Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan perancangan perjalanan dan perancangan bagi tahun 2019 dan melaporkan perjalanan dan perkembangan ICT pada tahun 2018. Turut hadir dalam mesyuarat ini mewakili JMG Sabah, En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat), Pn. Lena Angie (Pegawai Teknologi Maklumat) dan Pn. Normi Adok (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat), JMG Sabah.

Sumber Maklumat dan Foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/2019-02-18-04-33-56#sigProId8b73a26a14

Written by : Suriani Ramlee