MESYUARAT JAWATANKUASA MPPJ BIL. 1/2019

MESYUARAT JAWATANKUASA MPPJ BIL. 1/2019

KUCHING, SARAWAK (14 FEBRUARI 2019) : KHAMIS, Satu mesyuarat Jawatankuasa MPPJ bil. 1/2019 telah diadakan di Merdeka Palace Hotel, Kuching, Sarawak pada pagi ini 14 Februari 2019 jam 9.00 pagi. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat perpustakaan seluruh JMG Malaysia.

Jawatankuasa mesyuarat ini merupakan salah satu Program Mesyuarat Pengurusan Maklumat anjuran Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan perancangan perjalanan bagi tahun 2019 dan melaporkan perjalanan dan perkembangan perpustakaan pada tahun 2018. Selain daripada membincangkan berkaitan sistem perpustakaan KOHA yang akan diselaraskan dan digunakan untuk semua perpustakaan JMG Malaysia. Turut hadir dalam mesyuarat ini mewakili JMG Sabah, En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee (Ketua Unit Pengurusan Maklumat), Pn. Lena Angie (Pegawai Teknologi Maklumat), Pn. Normi Adok (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat) dan Pn. Suriani binti Ramlee (Pembantu Pustakawan Kanan), JMG Sabah.

Sumber Maklumat dan Foto : En. Eddie Affandy bin Mohd. Yusslee

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/2019-02-18-04-41-04#sigProId7e09e3b357

Written by : Suriani Ramlee