KURSUS E-PEROLEHAN MODUL SEBUTHARGA DAN MODUL KONTRAK ANJURAN JMG JOHOR DENGAN KERJASAMA COMMERCE DOT COM SDN BHD (CDC)

KURSUS E-PEROLEHAN MODUL SEBUTHARGA DAN MODUL KONTRAK ANJURAN JMG JOHOR DENGAN KERJASAMA COMMERCE DOT COM SDN BHD (CDC)

JOHOR BAHRU, 12 Mac 2019 : Jabatan Mineral dan Geosains Johor telah mengadakan Kursus e-Perolehan bagi Modul Sebutharga dan Modul Kontrak dengan kerjasama syarikat Commerce Dot Com Sdn Bhd bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru. Kursus ini telah berlangsung selama dua (2) hari, di mana ianya telah dihadiri seramai 16 peserta dari kalangan warga JMG Johor khususnya pegawai yang telah dilantik sebagai AJK Sebutharga dan Kontrak yang telah disampaikan oleh wakil CDC iaitu En. Wan Azwan Khairi bin Ibrahim Shukri, selaku Ketua Penyelaras (Kerajaan) bagi sistem e-perolehan. Kursus ini telah dimulakan dengan bacaan doa serta ucapan wakil Pengarah iaitu Tn Hj. Noorazhar bin Ngatimin, Timbalan Pengarah (Geosains).

Kursus e-Perolehan kali ini telah mendapat sambutan yang baik di kalangan peserta bagi merungkai permasalahan yang sebelum ini dihadapi oleh para peserta dalam melaksanakan e-perolehan sebelum ini. Tujuan kursus ini diadakan adalah bagi memberikan pendedahan dan pengetahuan di kalangan peserta / warga JMG Johor yang baharu serta memberikan nilai tambah ilmu bagi peserta / warga JMG Johor yang lama. Program / kursus seperti ini akan terus dilaksanakan bagi memantapkan lagi urus tadbir kewangan JMG Johor dari semasa ke semasa.

Majlis penutupan kursus ini telah diadakan pada 13 Mac 2019 dengan penyerahan cenderhati sebagai tanda terima kasih kepada pihak CDC yang sudi hadir dan bekerjasama dalam memastikan pelaksanaan sistem e-perolehan dapat berjalan dengan sempurna.

 

Sumbangan artikel : Encik Mohd Fairee bin Omar

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/2019-03-14-06-10-06#sigProId1c5b7c40bd

Written by : nurin