MESYUARAT JAWATANKUASA BKKI JMG SABAH BIL.1/2019

MESYUARAT JAWATANKUASA BKKI JMG SABAH BIL.1/2019

KOTA KINABALU, SABAH (05 APRIL 2019) : JUMAAT, Jawatakuasa Badan Kebajikan dan Kakitangan Islam (BKKI) JMG Sabah telah mengadakan satu mesyuarat pada hari Jumaat, 5 April 2019 bertempat di Bilik Mesyuarat Nephrite, Tingkat Satu, Blok Kinabalu, JMG Sabah. Mesyuarat ini merupakan mesyuarat yang pertama bagi tahun ini.

Mesyuarat ini dipengerusikan oleh En. Muhammad Umar bin Sarimal selaku Pengerusi BKKI bagi Sesi 2019/2021. Turut hadir dalam mesyuarat ini semua AJK dan Biro yang terlibat, antaranya adalah seperti yang berikut :

1. En. Mujahid bin Supilin (Timbalan Pengerusi)
2. Pn. Nurul Sakinah binti Abdul Satar (Setiausaha)
3. En. Jasni bin Jaya (Penolong Setiausaha)
4. En. Herorisan bin Paruka (Bendahari)
5. En. Ramle bin Kalaham (Penolong Biro Ilmu)
6. En. Awang Besar bin Hj. Kula (Ketua Biro Kebajikan)
7. En. Ali Akbar bin Amil Hassan (Penolong Biro Kebajikan)
8. Pn. Mulia binti Pog (Ketua Biro Wanita)
9. Pn. Suriani binti Ramlee (Ketua Biro Informasi dan Publisiti)
10. Pn. Shuryanteh binti Mohd. Yassin (Penolong Biro Informasi dan Publisiti)

Walaubagaimanapun ada beberapa orang AJK tidak dapat hadir kerana bercuti. Mesyuarat ini bertujuan bagi membincangkan takwim bagi melancarkan program dan aktiviti yang akan diadakan sepanjang tahun ini. Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 11.30 pagi dan akan bermesyuarat semula.

Sumber foto : Pn. Shuryanteh binti Mohd. Yassin
Sumber maklumat : Penulis

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/2019-04-10-04-34-56#sigProId6c326e3484

Written by : Suriani Ramlee