GOTONG ROYONG PERDANA JMG SABAH BIL. 1/2019

GOTONG ROYONG PERDANA JMG SABAH BIL. 1/2019

KOTA KINABALU, SABAH (04 APRIL 2019) : KHAMIS, Jawatankuasa Keceriaan dan Keindahan Pejabat, JMG Sabah yang dipengerusikan oleh En. Mazuan bin Roslan telah mengadakan satu gotong royong perdana pada hari Khamis bersamaan 04 April 2019. Gotong –royong ini merupakan gotong-royong yang pertama bagi tahun 2019.

Selain mencantikkan dan mengindahkan pemandangan luar pejabat, tujuan gotong royong ini adalah bagi mengeratkan lagi silaturrahim dan memguatkan hubungan kekeluargaan sesama warga JMG Sabah tanpa mengira jawatan dan pangkat masing-masing.

Warga JMG Sabah sama-sama berganding bahu membanting tulang dalam membuat pembaikan di mana-mana ada kerosakan dan membersihkan kawasan-kawasan sekeliling.

Sumber foto : En. Mazuan bin Roslan, En. Fredolin Javino, Pn. Lena Anggie dan Pn. Faye Donna
Sumber maklumat : Penulis

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/2019-04-10-05-56-18#sigProIdea2220ec28

Written by : Suriani Ramlee