Lawatan Kerja Ke Singkapan Permatang / Daik Kuarza

Lawatan Kerja Ke Singkapan Permatang / Daik Kuarza

Jelebu, Negeri Sembilan, 9 April 2019 - Pada hari ini, Encik Joanes Muda, Pengarah JMG NSM telah membuat lawatan kerja ke singkapan permatang/daik kuarza di Kg. Sungai Muntoh, Jelebu, Negeri Sembilan. Tujuan lawatan ini adalah untuk meninjau dengan lebih dekat kewujudan permatang kuarza di kawasan itu yang berpotensi dimajukan sebagai sumber batuan bersilika (SiO2) untuk industri berasaskan silikon. Turut serta dalam lawatan ini adalah Encik Azizan Ali (Timbalan Pengarah), Puan Masrita binti Mohd Aras (Penolong Pengarah Kanan) dan Encik Zamri bin Abu Samah (Pembantu Geosains).

Written by : norhayati_mr