BENGKEL GEOLOGI DAN PENYEDIAAN LAPORAN PEMETAAN GEOLOGI

BENGKEL GEOLOGI DAN PENYEDIAAN LAPORAN PEMETAAN GEOLOGI

Kuala Terengganu, 22 April 2019 – Pada 22 hingga 26 April 2019, JMG Terengganu bersama Unit PSM Ibu Pejabat telah mengadakan satu bengkel geologi dan penyediaan laporan pemetaan geologi di The Regency Hotel, Kuala Ibai, Terengganu. 

Pendaftaran peserta bermula 2.30pm pada 21 April 2019.  Majlis perasmian bermula jam 9.00am pada 22 April 2019, telah disampaikan oleh Pengarah JMG Terengganu.  Majlis perasmian ini turut dihadiri Timb. Pengarah Sumber Mineral JMG Terengganu, Timb. Pengarah Geosains JMG Terengganu, wakil PSM Ibu Pejabat, penceramah bengkel dan peserta.  Pada ucapan perasmian, pengarah telah menyampaikan beberapa perkara penting kepada peserta iaitu tentang objektif ini bertujuan memberikan pendedahan dan kefahaman mengenai teknik penulisan laporan yang berkualiti. 

Pada hari ke tiga pada 25 April 2019 ialah kerja lapangan yang diadakan di dua lokasi iaitu Pantai Pandak, Marang dan Bukit Bucu, Batu Rakit.  Kerja lapangan bermula pada 8.30am di Pantai Pandak.  Penceramah di lapangan terdiri dari pensyarah dari UKM dan pakar-pakar JMG. 

Slide4Slide4Slide4

Written by : razz