PROGRAM KESEDARAN GEOPARK MERSING BAGI WARGA JMG JOHOR

PROGRAM KESEDARAN GEOPARK MERSING BAGI WARGA JMG JOHOR

Mersing, 27 April 2019 - Baru-baru ini, satu Program Kesedaran Geopark Mersing telah dianjurkan untuk warga JMG Johor di Pantai Air Papan, Mersing bagi memberi penerangan mengenai tujuan Geopark diwujudkan dan pembangunan Geopark yang akan dilaksanakan di Mersing. Seramai 25 orang kakitangan JMG Johor telah terlibat dalam program tersebut yang terdiri daripada bahagian pentadbiran dan teknikal.

Program bermula dengan En. Mohd Fauzi b. Rajimin dan Pengarah JMG Johor En. Mohamad Hussein b. Jamaluddin memberi penerangan berkenaan pentingnya bagi sesebuah Geopark mempunyai unsur-unsur ekologi, arkeologi sejarah dan budaya. Dimana, kehidupan di dalam sesebuah masyarakat tidak boleh dipisahkan dengan alam semulajadi, budaya dan sejarah sosialnya. Selain itu, hubungan di antara kehidupan, kepelbagaian geologi dan biologi serta budaya adalah merupakan komponen yang sangat penting bagi setiap Geopark.

Akhir sekali, kakitangan JMG Johor telah dibawa ke sekeliling Pantai Air Papan bagi melihat keadaan geologi di sana selain dari Morfologi pantai dan batuan sedimen yang sebelumnya dapat dilihat dengan begitu jelas sekali.

Sumbangan Artikel - En. Asrul Sani bin Abdullah

Written by : asrul