PROGRAM NAZIRAN PENGURUSAN DATA DI JMG MALAYSIA, SABAH

PROGRAM NAZIRAN PENGURUSAN DATA DI JMG MALAYSIA, SABAH

KOTA KINABALU, SABAH (02 MEI 2019): Satu program naziran pengurusan data telah diadakan bertempat di Pejabat JMG Malaysia, Sabah bermula jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang. Wakil dari Cawangan Pengurusan Maklumat, JMG Ibu Pejabat telah hadir bagi melaksanakan program tersebut iaitu Encik Mohd Shafiq Farhan bin Mohd Zainudin, Encik Suhaimizi Yusoff dan diketuai oleh Encik Zulkiflee Che Soh. Naziran ini dijalankan bagi membuat semakan, penilaian kaedah perolehan, penyimpanan dan perkongsian data serta pematuhan polisi keselamatan data yang diamalkan di Pejabat JMG Malaysia, Sabah. Beberapa penemuan telah dibincangkan seperti penyelenggaraan data asas yang dibekalkan, perkongsian data secara dalaman, penyebaran dan penjualan data geospatial dan pengurusan data mingeosis. Secara keseluruhannya objektif naziran adalah berjalan lancar.

Written by : BESTY