MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 6/2019, KUNJUNGAN RASMI TKP(OPERASI), MAJLIS PERPISAHAN DAN MAJLIS AIDILFITRI

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMG JOHOR BIL 6/2019, KUNJUNGAN RASMI TKP(OPERASI), MAJLIS PERPISAHAN DAN MAJLIS AIDILFITRI

Johor Bahru, 23 Jun 2019 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 6/2019 Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor, kunjungan rasmi TKP(Operasi), Majlis Perpisahan dan Sambutan Aidilfitri telah diadakan di dua tempat berbeza iaitu di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH dan Hotel Swiss Inn Johor Bahru.

Majlis Perhimpunan Bulanan JMG Johor kali ini telah dipengerusikan oleh Cik Nur Syahidatul Zubaida bt. Abilah, diikuti dengan bacaan doa oleh En. Mohamad Azmi b. Mohamad Azman dan pembaca ikrar oleh Puan Norfazelah bt. Hassan. Selepas itu, Timbalan Pengarah En. Noorazhar b. Ngatimin telah menyampaikan perutusannya dan mengucapkan terima kasih kepada semua warga JMG Johor yang hadir dalam Perhimpunan Bulanan kali ini.

Majlis diteruskan dengan taklimat daripada wakil Yayasan Raja Zarith Sofiah Negeri Johor En. Muhamad Rafeeq Shamsuddin yang menerangkan berkenaan penubuhan dan kebaikan yayasan tersebut. Majlis bersambung lagi dengan meraikan kunjungan rasmi TKP (Operasi) Tuan Haji Mohd Zukeri b. Abd. Ghani ke JMG Johor. Kunjungan ini merupakan sesi lawatan rasmi ke seluruh JMG Negeri sebelum beliau bersara wajib pada bulan Julai nanti. Warga JMG Johor telah berbesar hati menerima kunjungan beliau dan meraikan disatu majlis khas yang telah diadakan sekali dengan majlis perpisahan Puan Balqish Mazuien bt. Bakiah yang akan berpindah ke Mahkamah Johor Bahru dan Puan Roziah bt Razali yang akan berpindah ke pejabat Pendaftaran Negara Johor Kulai dan majlis aidilfitri di Hotel Swiss Inn, Johor Bahru.

Sumbangan artikel : Encik Asrul Sani bin Abdullah

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/2019-06-26-06-43-18#sigProId1149fd4e4b

Written by : asrul