Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat JMG Perak

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat JMG Perak

Ipoh, 24 Jun 2019 (Isnin) – Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat JMG Perak telah diadakan di Kawasan Parkir Kereta JMG Perak pada jam 11.00 pagi. Majlis ini disambut meriah dengan dihadiri oleh semua kakitangan JMG Perak dan para tetamu jemputan khas. Antara tetamu istimewa ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), Tuan Haji Mohd Zukeri Bin Abd Ghani, YB. Tan Kar Hong selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, Pengarah PTG, YBhg. Dato’ Rumaizi Bin Baharin @ Md. Daud, Pengarah BPT YH. Dato’ Mohd Za’im Bin Abdul Wahab, pesara-pesara JMG Perak dan pihak industri.


Majlis dimulakan dengan ucapan pengacara majlis iaitu Puan Noorzaidawati dan Encik Sahrin. Seterusnya bacaan doa diketuai oleh Encik Khalis Azfar dan seterusnya ucapan Pengarah JMG Perak, Dato’ Ir Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil serta ucapan daripada Ir Tan Hai Hong selaku Pengerusi Kelab Rekreasi dan Kebajikan (KKR) JMG Perak. Majlis ini menjadi istimewa kerana diselitkan acara bersalaman sesama warga JMG Perak dan para tetamu bagi memohon segala kesilapan yang sengaja atau yang tidak disengajakan selama kita bekerja sebagai satu pasukan.


Majlis Sambutan Aidilfitri ini merupakan salah satu program yang dirancang dan dijalankan saban tahun oleh Kelab Kebajikan & Rekreasi (KKR) JMG Perak bagi menjalinkan hubungan mesra dan mengeratkan silaturrahim sesama warga JMG Perak. Tema yang digunapakai pada tahun ini ialah ‘Rumah Kampung’ maka terhasil photo booth yag berlatar belakangkan rumah kampung. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah menjayakan Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfiti Peringkat JMG Perak.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/2019-07-09-06-37-03#sigProId7f82c65bd0

Written by : norhazliza