PERLAWANAN BOLING TERTUTUP SIRI II WARGA JMG MALAYSIA PERAK

PERLAWANAN BOLING TERTUTUP SIRI II WARGA JMG MALAYSIA PERAK

26hb Julai 2019 (Jumaat) – Biro Sukan Kelab Kebajikan dan Rekreasi (KKR) JMG Malaysia Perak telah menganjurkan Perlawanan Boling (Tertutup) Siri II kepada warga JMG Perak. Perlawanan ini diadakan di Pusat Bowling, Aeon Kinta City, Ipoh. Seramai 54 orang ahli kelab menyertai perlawanan ini.


Perlawanan ini bermula pada jam 2.30 petang dan berakhir pada jam 5.00 petang. Sambutan untuk perlawanan ini amat menggalakkan kerana hadiah yang ditawarkan sangat lumayan iaitu berupa sebuah TV 40”, mesin basuh kain, ketuhar gelombang mikro, penyedut hampagas, periuk nasi, dapur induksi, pengisar dan saterika.


Antara objektif program ini dijalankan adalah bagi mengilap bakat-bakat pemain boling, membina kecergasan fizikal dan kecerdasan mental selaras dengan aspirasi kerajaan untuk ‘FitMalaysia’. Selain dapat beriadah bersama kawan sekerja, aktiviti sebegini dapat merapatkan hubungan dan silaturrahim sesame warga JMG Perak.


Perlawanan ini telah dijuarai oleh En. Khalis Azfar bin Bakar, kedua En. Saiful bin Abdullah dan tempat ketiga En. Mohd Farhan bin Lokman bagi kategori lelaki manakala bagi kategori perempuan pula telah dijuarai oleh Cik Nursuhaddah bt Mustaffa , kedua Pn. Hirnani bt Amiruddin dan tempat ketiga Pn. Habibah Bt Ishak. Tahniah buat para pemenang, buat yang tidak berjaya boleh cuba lagi di masa yang lain.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/2019-08-08-08-40-06#sigProId18e2d803e9

Written by : norhazliza