JEMPUTAN MENGADAKAN PAMERAN DI SMK PENGKALAN SEMPENA HARI SAINS

JEMPUTAN MENGADAKAN PAMERAN DI SMK PENGKALAN SEMPENA HARI SAINS

1hb Ogos 2019 (Khamis) – Pihak Sekolah Menengah Kebangsaan Pengkalan telah menjemput JMG Malaysia Perak untuk mengadakan pameran sempena Hari Sains sekolah tersebut. Unit Pengurusan Maklumat dan Unit Geosains telah bekerjasama dalam menjayakan pameran ini.


JMG Malaysia Perak telah mempamerkan jenis-jenis batu dan jenis-jenis mineral yang bernilai dan berpotensi untuk dimajukan. Selain itu, memperkenalkan kepada para pelajar tentang Geopark Lembah Kinta dan aktiviti JMG Malaysia Perak
Jabatan Kimia dan UJANA Publishing juga dijemput untuk membuat pameran di sekolah tersebut. Sambutan yang diterima amat menggalakan. Ramai guru dan pelajar yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan aktiviti JMG Malaysia. Semoga aktiviti seperti ini dapat diteruskan bagi mendekatkan JMG Malaysia dengan pelajar.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/2019-08-09-04-57-01#sigProIdde1385b6a1

Written by : norhazliza