EKSPEDISI SAINTIFIK GUNUNG KORBU GEOPARK KEBANGSAAN LEMBAH KINTA 2019

EKSPEDISI SAINTIFIK GUNUNG KORBU GEOPARK KEBANGSAAN LEMBAH KINTA 2019

1hb Julai 2019 – 7hb Julai 2019 : Gunung Korbu merupakan salah satu geotapak dalam Geopark Kebangsaan Lembah Kinta. Ianya merupakan puncak yang tertinggi di banjaran Titiwangsa dan juga merupakan gunung kedua tertinggi di Semenanjung Malaysia iaitu dengan ketinggian 2,183 meter selepas Gunung Tahan iaitu 2,187 meter. Gunung Korbu terletak dalam Hutan Simpan Hulu Kinta, Perak iaitu kira-kira 25 kilometer dari Bandaraya Ipoh. Gunung Korbu terletak dibawah jagaan Pejabat Hutan Daerah Kinta/ Manjung.
Oleh kerana tiada lagi maklumat saintifik atau penemuan di Gunung Korbu ini, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak (JMG Perak) yang juga pengerusi bagi Jawatankuasa Teknikal Geopark Lembah Kinta mengambil inisitiatif untuk mengadakan ekspedisi tersebut.


Ekspedisi ini dijalankan dengan berdasarkan kepada tinjauan awal yang telah dilakukan pada 24- 27 April 2018 yang diketuai oleh Prof. Dr. Mohd Shafeea Leman bersama-sama JMG Perak, Jabatan Perhutanan Negeri Perak, Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung dan Angkatan Perkhidmatan Awam Malaysia.
Objektif ekspedisi ini dijalankan adalah untuk mendapatkan selengkap mungkin maklumat saintifik iaitu geologi, biologi, kualiti air, budaya dan rekreasi.
Hasil daripada ekpedisi ini akan dibentangkan melalui seminar (yang akan ditetapkan tarikh kemudian) dan memuatkan kertas teknikal melalui buku penerbitan.
Bidang Penyelidikan yang terlibat :
1. Geologi
• Geologi Am
• Kejuruteraan Geologi
• Hidrogeology
• Geologi Alam Sekitar
• Geologi warisan
2. Flora
• Botani
3. Fauna
• Zoologi
4. Rekreasi
5. Budaya
6. Sosio-ekonomi
7. Ekopelancongan
Anjuran: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Perak (JMG Perak)
Anjuran Bersama:
1. Perbadanan Taman Negeri Perak
2. Jabatan Perhutanan Negeri Perak (JPNPk)
3. Pejabat Hutan Daerah Kinta/Manjung
Agensi kerajaan/swasta, universiti, NGO yang terlibat :
1. Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia
2. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Perak
3. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM)
4. Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN)
5. Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
6. Universiti Teknologi Petronas (UTP)
7. Universiti Sains Malaysia (USM)
8. Universiti Teknologi MARA (UITM)
9. Kolej Yayasan United Engineer Malaysia UEM
10. Suruhanjaya Tenaga
11. Malaysian Nature Society
12. Lembaga Muzium Negeri Perak
13. Komuniti Jerai Geopark

Bilangan Peserta: 135 orang
Kawasan kajian dapat dibahagikan kepada lima (5) bahagian:
1. Kawasan Perkampungan Orang Asli
2. Pintu Rimba
3. Air Terjun Balak
4. Kem Seroja
5. Kem Kijang
6. Bukit Botak, Bukit Chuban dan Puncak Gunung Korbu.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/2019-08-09-09-31-38#sigProId2be9592c64

Written by : norhazliza