MESYUARAT UNIT PERKHIDMATAN MAKMAL JMG SABAH

MESYUARAT UNIT PERKHIDMATAN MAKMAL JMG SABAH

MESYUARAT UNIT PERKHIDMATAN MAKMAL JMG SABAH


WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (18 SEPTEMBER 2019): RABU, Unit Perkhidmatan Makmal JMG Sabah telah mengadakan satu mesyuarat bagi suku tahun ketiga pada 18 September 2019 bertempat di bilik mesyuarat hotel Lazenda, Labuan.


Mesyuarat tersebut telah dihadiri oleh penanggung Timbalan Pengarah Unit Perkhidmatan Makmal, Dr. Morius Bantas selaku pengerusi serta kakitangan Unit Perkhidmatan Makmal iaitu En. Khairun Nasir Mokhtar, Pn. Junidah Manggam, Pn. Mulia Pog, En. Jeli Pog dan En. Ruddey John Michael.


Sepanjang mesyuarat berlangsung banyak isu yang berkaitan dengan perkhidmatan makmal telah dibincangkan dan antara perkara utama yang diberikan penekanan khusus ialah pengurusan analisis sampel harus sentiasa menepati polisi jabatan serta kepentingan dalam mengekalkan disiplin bekerja di kalangan kakitangan Unit Perkhidmatan Makmal bagi memastikan produktiviti yang optimum.


Sumber maklumat : Penulis
Sumber foto : Penulis

Written by : ruddey