MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL.9/2019 ANJURAN AKTIVITI MINERAL PERINDUSTRIAN

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL.9/2019 ANJURAN AKTIVITI MINERAL PERINDUSTRIAN

KOTA KINABALU, SABAH (30 SEPTEMBER 2019): ISNIN, Seperti kebiasaannya Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah akan menganjurkan Majlis Perhimpunan Bulanan. Majlis Perhimpunan Bulanan Bil.9/2019 kali ini dikelolakan oleh Unit Sumber Mineral Aktiviti Mineral Perindustrian. Majlis ini diadakan di Dewan Nephrite, Tingkat 1, Blok Kinabalu, JMG Sabah sekitar pukul 9.00 pagi pada hari ini.

Majlis dimulakan dengan bacaan doa yang dipimpin oleh En. Mazuan bin Roslan diikuti dengan nyanyian tiga buah lagu wajib Negaraku, Sabah Tanahairku dan Lagu Perkhidmatan Awam. Majlis juga diteruskan dengan Pengucapan Awam daripada Pn. Lena Anggie dari Unit Pengurusan Maklumat. Majlis diteruskan lagi dengan perkongsian ilmu dan pengetahuan berkaitan pasir sungai di Negeri Sabah yang disampaikan oleh Pn. Jayawati Fanilla Sahih Montoi (Ketua Aktiviti MPI). Selepas taklimat ringkas dan perkongsian ilmu tersebut, penyampaian amanat daripada Tuan Pengarah JMG Sabah En. Paulius Godwin.

Dalam Majlis ini juga, pihak penganjur telah membuat satu kejutan sambutan hari lahir kepada kakitanagn JMG Sabah yang lahir pada bulan September, dan mereka adalah Pn. Jenneth Cyril, Cik Helviana Malaya, En. Richard Clement dan En. Mazuan Roslan.

Majlis diakhiri dengan jamuan ringan yang disediakan.

Sumber Maklumat : Penulis
Sumber Foto : En. Mohd. Ariss bin Salam

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/2019-09-30-05-05-11#sigProId6ea860d1dd

Written by : Suriani Ramlee