Roadshow Central Forest Spine (CFS) Negeri Sembilan

Roadshow Central Forest Spine (CFS) Negeri Sembilan

ULU BENDUL, KUALA PILAH (21 Oktober 2019) - Satu Majlis 'Roadshow Central Forest Spine (CFS) Negeri Sembilan' telah berlangsung di Taman Eko-Rimba Ulu Bendul, Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada 21 Oktober 2019. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YAB Dato' Seri Haji Aminuddin bin Harun, Menteri Besar Negeri Sembilan. 

Roadshow ini merupakan sebahagian daripada Program Kesedaran Koridor Ekologi CFS yang mensasarkan agensi berkepentingan serta penduduk setempat yang berhampiran dengan koridor ekologi Negeri Sembilan. Antara acara dalam majlis tersebut adalah edaran pelekat kereta dan risalah CFS kepada pengguna jalan raya Kuala Pilah - Seremban dan perasmian Galeri Taman Ular oleh YAB Menteri Besar Negeri Sembilan. Pengarah JMG NSM, En Joanes Muda turut hadir di dalam majlis tersebut. 

Written by : norhayati_mr