Sambutan Hari Inovasi JMG NSM

Sambutan Hari Inovasi JMG NSM

SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN, 31 Oktober 2019 - Sambutan Hari Inovasi peringkat JMG NSM telah diadakan pada 30 dan 31 Oktober 2019 yang lalu di Taman Tasik Seremban dan Bilik Mesyuarat Jurassic JMG NSM. Pelbagai acara telah dipertandingkan dan telah disertai oleh semua warga JMG NSM. Pertandingan yang diadakan selama dua hari ini telah mencabar minda dan menguji kesepakatan di dalam setiap kumpulan. Bagi menjayakan pertandingan ini, kesemua kakitangan telah dibahagikan kepada empat kumpulan.

Acara-acara yang telah di pertandingkan pada hari pertama adalah Pertandingan Dimana Saya?, Pertandingan Helaian Terbanyak, Pertandingan Yang Paling Cepat, Pertandingan Mencipta Pakaian Superhero dan Pertandingan Membina Arca. Manakala pada hari kedua pula, telah diadakan Pertandingan Kahoot, Charade dan Radio Rosak disamping kemuncaknya diadakan Majlis Perhimpunan Bulanan dan sesi penyampaian hadiah. Bagi Pertandingan Mencipta Pakaian Superhero dan Pertandingan Membina Arca, pihak urusetia telah menjemput En Muhammad Mustadza bin Mazni dan En Fathullahbin Abu Naim sebagai juri.

 

Sambutan ini telah dipengerusikan oleh En Mohd Nizam bin Md Noordin dengan dibantu oleh 13 orang AJK. Secara keseluruhannya majlis yang bertemakan 'team building' ini telah berjaya menyatukan kakitangan di JMG NSM disamping mengasah minda masing-masing bagi memastikan setiap kumpulan berjaya melengkapkan tugasan yang telah diberikan. 

Written by : norhayati_mr