SAMBUTAN HARI INOVASI PERINGKAT JMG JOHOR 2019

20191126 13

Johor Bahru, 27 November 2019 - Program Hari Inovasi Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Negeri Johor pada tahun ini dijalankan selama beberapa hari dan dinamakan sebagai Minggu Inovasi. Minggu Inovasi di bawah kendalian Unit Pengurusan Maklumat dengan kerjasama Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Johor telah diadakan bermula 17 November hingga ke hari kemuncak sambutan Hari Inovasi iaitu pada 27 November 2019.

Ketua Unit Pengurusan Maklumat adalah bertindak sebagai Pengerusi Sambutan manakala Puan Noraini selaku Setiausaha Kelab Sukan dan Kebajikan JMG Johor bertindak sebagai Naib Pengerusi Sambutan. Tema sambutan tahun ini iaitu Kualiti Kesihatan Fizikal dan Mental.

Pelbagai aktiviti telah dilaksanakan iaitu Senamrobik, Fun Walk, Info Hunt, Pertandingan Keceriaan Unit dan Pertandingan Slogan. Aktiviti yang melibatkan kesihatan fizikal iaitu senamrobik, fun walk dan info hunt telah diadakan pada 26 November 2019 di Taman Merdeka, Johor Bahru manakala Pertandingan Keceriaan Unit, Pertandingan Slogan dan Ceramah Kesihatan Mental daripada Pegawai PROKEM (Promosi Kesihatan Mental), Dr Nurul Nadia binti Hasbollah dari Hospital Permai bagi menyampaikan ceramah Pengurusan Stres telah diadakan di pejabat JMG Johor.

Majlis Kemuncak Sambutan Hari Inovasi telah diadakan pada 27 November 2019 di Bilik Mesyuarat Kuarza, Jabatan Mineral dan Geosains Johor dengan dihadiri oleh semua warga Jabatan dan majlis ini diadakan bersekali dengan Perhimpunan bulanan dan majlis doa selamat sempena perolehan kenderaan baru.

Pemenang-pemenang bagi pertandingan yang diadakan adalah seperti berikut:
Info Hunt - Kumpulan Pasti Menang (Bukan Beshe-Beshe) telah menjuarai acara ini, diikuti oleh Naib Johan Kumpulan InsyaAllah Menang dan seterusnya pemenang ketiga adalah Kumpulan Hutan Bandar diikuti oleh Kumpulan Gabak.

Pertandingan Keceriaan Unit - Johan pertandingan ini adalah Unit Geosains, manakala naib johan adalah Unit Pengurusan Maklumat. Pemenang ketiga adalah Unit Pentadbiran dan Kewangan, dan seterusnya diikuti oleh Unit Sumber Mineral dan Unit Pembangunan Lombong dan Kuari. Setiap unit telah menerima cenderamata berupa hamper bagi pertandingan ini.

Pertandingan Slogan - Slogan yang dipilih adalah yang berbunyi ” Memperkasa Bumi, Dunia Disantuni” yang merupakan karya asli daripada Encik Mohd Helmy bin Kadir. Pemenang telah menerima hadiah yang ditaja iaitu seutas loket emas.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/2019-12-16-03-59-17#sigProId0446ff3c36

Sumber Artikel : Puan Nor Asmah bt Abd Aziz

 

Written by : nurin