KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF(KPE) PERBADANAN LABUAN

KUNJUNGAN HORMAT KEPADA KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF(KPE)  PERBADANAN LABUAN

 

WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (4 FEB 2020) SELASA : Satu kunjungan hormat telah dijalankan ke Pejabat Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan oleh Kumpulan Kerja Projek Pembangunan dan Pemuliharaan Sumber Warisan Geologi Negara.

    Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Fary Akmal Othman, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan. Sedikit taklimat ringkas mengenai Model Pengurusan Geopark Kebangsaan dan kemajuan cadangan pembangunan Aspiring Labuan Geopark telah diberikan oleh Dr. Dana Badang, JMG Sarawak dan Dr. Norbert Simon, UKM.

    Selesai mesyuarat, satu lawatan tapak bersama CEO Perbadanan Labuan telah dibuat ke salah satu tapak geologi bernilai warisan yang tinggi dan berpotensi dibangunkan iaitu Enapan Laut Cetek, Tanjung Batu yang dianggarkan telah berusia lebih dari 15 juta tahun.

b1

     Sesi taklimat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan

 

 

b3

 Sesi penggambaran

 

b4

       Sesi penerangan kepada Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan

 

 

 

b4

         Sesi temubual KPE Perbadanan Labuan bersama pihak media

 

 

 

 

 

Sumber : Adyrean Edero Jingkah, Pen. Pegawai Geosains C29, Aktiviti Geologi Warisan

 

 

Written by : BESTY