LAWATAN KERJA RASMI YANG BERHORMAT TUAN ALI ANAK BIJU KE STESEN PENANDA ARAS GEMPA BUMI(PAG) JMG SABAH

LAWATAN KERJA RASMI YANG BERHORMAT TUAN ALI ANAK BIJU KE STESEN PENANDA ARAS GEMPA BUMI(PAG) JMG SABAH

RANAU (24 SEPT 2020) : Satu lawatan kerja rasmi Yang Berhormat Tuan Ali Anak Biju, Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli (KeTSA) ke Stesen Penanda Aras Gempa bumi (PAG) di Ladang Sabah Tea, Ranau, Sabah. Lawatan berkenaan melibatkan pegawai dan kakitangan Aktiviti Geologi Kejuruteraan, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah telah berjaya dijalankan di sini hari ini. Timbalan Pengarah Geosains (TPGS), Dr. Frederick F. Tating terlibat sepanjang sesi lawatan berkenaan. Program lawatan tersebut telah berjalan lancar dengan kehadiran Encik Bailon Bin Golutin selaku Pegawai Projek Pemetaan Sesar Aktif dan Risiko Gempa Bumi Sabah yang juga Ketua Aktiviti Geologi Kejuruteraan dan dibantu oleh Encik Goh Khean Seong (Pegawai Geosains Aktiviti Geofizik) serta Β beberapa kakitangan teknikal yang terdiri daripada Cik Helviana Malaya, Encik Ramle Kalaham, Encik Herorisan Paruka dan Encik Harry Jenyrius Majin dari Aktiviti Geologi Kejuruteraan.

Β 

Diselia oleh : Bailon Golutin

Written by : HERORISAN