MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA BKKI JMG SABAH 2022/1443H

MAJLIS BERBUKA PUASA WARGA BKKI JMG SABAH 2022/1443H

KOTA KINABALU, SABAH (21 APRIL 2022) : KHAMIS,  14 April 2022 bersamaan 12 Ramadhan 1443H hari Khamis yang lalu, Badan Kebajikkan Kakitangan Islam JMG Sabah (BKKI) telah mengadakan Majlis Berbuka Puasa di pejabat JMG bilik Geologi Kejuruteraan.

Majlis ni telah dihadiri oleh kakitangan Islam JMG Sabah dan beberapa orang kakitangan yang bukan Islam juga turut serta dalam menjayakan majlis ini.

Dengan penuh syukur majlis ini berjalan lancar dengan kehadiran generasi baru. Seramai hampir 50 orang telah hadir yang terdiri daripada warga BKKI dan keluarga mereka.

Imam dan penceramah jemputan pada kali ini adalah Ustaz Faez daripada Pusat Rawatan Islam Al-Huffaz.

BKKI JMG Sabah juga telah mendapat sumbangan berbuka daripada pemilik Restoran Thai Siam, mantan-mantan JMG Sabah dan warga BKKI sendiri. Jutaan terima kasih daripada pihak BKKI JMG Sabah.

Majlis kali ini dimulakan dengan bacaan doa selamat, tahlil dan sedikit tazkirah. Diteruskan dengan berbuka dan solat Maghrib. Selepas itu jamuan makan dan disambung dengan Solat Isyak dan Terawih.

Hampir 2 tahun BKKI JMG Sabah tidak dapat mengadakan majlis berbuka disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan di mana negara dilanda virus Covid-19.

Penyelaras Program kali ini adalah Encik Mujibuddin yang merupakan pegawai baru di JMG Sabah. Namun dengan gabungan yang mantap antara generasi lama dan baru, majlis ini dipermudahkan dan berjalan dengan lancar.

Kredit jurufoto : Encik Mohd. Yusof, Encik Taqiuddin dan Encik Hero

 

Sumber maklumat : FB Rasmi JMG Sabah

Sumber foto : Jurufoto JMG Sabah

Written by : Suriani Ramlee