7 Pegawai Penyelidik Baru Melapor Diri di PPM

7 Pegawai Penyelidik Baru Melapor Diri di PPM

Seramai 7 orang kakitangan baharu yang telah dilantik sebagai Pegawai Penyelidik telah hadir melapor diri untuk bertugas di PPM pada 18 Jun 2019 yang lalu. Sehari sebelum itu, mereka telah melapor diri di Ibu Pejabat JMG dan telah membacakan ikrar di hadapan Datuk Ketua Pengarah JMG.

Mereka ini terdiri daripada 5 orang lelaki dan 2 orang perempuan. Mereka ialah En. Muhammad Afiq Afandi bin Abdul Aziz, En. Muhammad Hazim bin Yaacob, Dr. Zulkhairi bin Zakaria, En. Costantine bin Joannes, En. Mohd Zaid bin Md. Sharif, Dr. Emee Marina binti Salleh dan Pn. Syarifah Aminah binti Ismail. Pada masa ini, mereka sedang menjalani sesi latihan orientasi di setiap cawangan di PPM. Ia bertujuan sebagai sesi suai kenal kepada mereka bagi mengetahui skop kerja dan penyelidikan R&D mineral yang dijalankan di sini dengan lebih lanjut. Sesi orientasi ini yang bermula pada 18 Jun 2019 akan berakhir pada 9 Julai 2019.

Semua warga PPM mengucapkan tahniah kepada Pegawai Penyelidik baharu atas pelantikan ini dan mengalu-alukan kedatangan mereka sebagai warga PPM. Besar harapan PPM agar kedatangan mereka ini mampu meningkat dan melonjakkan lagi prestasi jabatan dengan lebih cemerlang selepas ini.

 

Written by : ezulia