Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JMG Johor

Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang JMG Johor

Johor Bahru, 15 Jun 2015 – Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Amanat Persaraan Ketua Pengarah JMG Malaysia telah diadakan bersekali dengan Perhimpunan bulanan JMG Johor bilangan 5/2015 di Hotel Selesa.

 Ketua Pengarah JMG, Dato’ Yunus bin Abd Razak telah merasmikan majlis dan menyampaikan amanat persaraan beliau. Sebelum itu, Tuan Haji Zakaria bin Hussain, Pengarah JMG Johor telah membentangkan aktiviti dan status pencapai terkini JMG Johor termasuk aspek mengurus, pembangunan, kewangan dan latihan.

Tahniah diucapkan kepada penerima APC iaitu Encik Muhammad Hazli bin Mohamed Hanapi, Puan Rosmazura binti Yunus, Encik Nik Fikri bin Mohd Nor dan Encik Mohamad Hafiza’al bin Mohamad Ali.

Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderamata kenangan daripada JMG Johor khas untuk Dato’ Yunus sempena persaraan beliau.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2015-12-21-02-01-09#sigProIda586be93e7

Written by : asrul