Bengkel Kerjasama Penggunaan Teknologi Berasaskan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) di antara Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekiter(NRE) dengan Telekom Malaysia Berhad (TM)

Bengkel Kerjasama Penggunaan Teknologi Berasaskan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) di antara Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekiter(NRE) dengan Telekom Malaysia Berhad (TM)

23 Februari 2016 -    Satu Bengkel Kerjasama Penggunaan Teknologi Berasaskan Unmanned Aerial Vehicle (UAV) telah diadakan pada 23hb Februari 2016 di Hotel Everly Putrajaya. Bengkel ini telah dirasmikan oleh Y Bhg Dato’ Dr. Mohd Ali Mohamad Nor Timbalan Ketua Setiausaha 1, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

Dalam bengkel ini pihak Telekom Malaysia bercadang untuk mengadakan kerjasama dengan NRE berkaitan penggunaan teknologi UAV kepada jcbatan-jabatan dan agensi di bawah NRE. Ini diharap dapat meningkatkan kecekapan serta memberi penyelesaian komprehensif terutamanya dalam segi pembangunan aplikasi dan sensor yang berkaitan. Bengkel ini telah dihadiri oleh Tuan Haji Hisamuddin Termidi, Dr Shamsul Kamal Sulaiman dan Tuan Haji Abdullah Hussin.

 

 

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2016-04-04-02-36-44#sigProIdcae9e96c69

Written by : ezulia