LAWATAN PENYELIDIKAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL KE JMG PAHANG DAN LOMBONG-LOMBONG DI NEGERI PAHANG

LAWATAN PENYELIDIKAN PUSAT PENYELIDIKAN MINERAL KE JMG PAHANG DAN LOMBONG-LOMBONG DI NEGERI PAHANG

Satu rombongan lawatan penyelidikan dari PPM telah diadakan pada 17 – 19 Ogos 2016. Rombongan seramai 36 orang ini terdiri daripada pegawai dan kakitangan PPM termasuk juga pelajar latihan industri yang diketuai oleh En. Aminudin Mahmud. Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan pengalaman kepada para pegawai dan kakitangan PPM mengenai operasi perlombongan terutamanya emas dan bijih timah di Malaysia.

Pada hari pertama, kami telah memulakan lawatan ke Makmal Geokimia, Bahagian Perkhidmatan Teknikal dan disambut oleh Pn. Hajah Hazan Maheran, Pengarah Makmal BPT, Kuantan. Kami telah diberi penerangan aktiviti dan perkhidmatan yang diberikan dan berpeluang melawat makmal dan peralatan yang ada di makmal tersebut.

Pada hari kedua, kami membuat lawatan tapak ke Lombong Bijih Timah Myah Mines Sdn. Bhd., Sungai Lembing. Rombongan PPM telah disambut oleh YBhg Dato’ Amran selaku Pengarah Eksekutif, Myah Mines Sdn. Bhd.  Kami telah diberi penerangan mengenai operasi perlombongan dan dibawa melawat loji pemprosesan bijih timah dan juga tapak lombong. Acara diteruskan dengan lawatan ke Muzium Sungai Lembing dan Muzium Bijih Timah Sungai Lembing dan diberi penerangan oleh Puan Fatimah dari Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang. Muzium ini merupakan salah satu daripada aset pelancongan khusus bagi daerah Sg. Lembing.   Lombong ini merupakan lombong bawah tanah yang terbesar dan terpanjang di dunia pada masa itu.

Pada hari ketiga dan terakhir lawatan ini, kami bergerak ke Sungai Koyan bagi lawatan ke Lombong Emas Selinsing Gold Mine Manager Sdn. Bhd., Kuala Lipis, Pahang. Lombong ini beroperasi di dua kawasan iaitu Selinsing Pit dan Buffalo Pit. Rombongan telah dibawa ke Selinsing Pit, loji pemprosesan dan makmal ujian. Lawatan pada kali amat berjaya dan memberikan banyak pengetahuan dan pendedahan secara langsung kepada para pegawai dan kakitangan PPM. Di kesempatan ini, kami ingin merakamkan setinggi penghargaan kepada JMG Pahang, Perbadanan Kemajuan Negeri Pahang, Myah Mines Sdn. Bhd dan Selinsing Gold Mine Manager Sdn. Bhd atas kerjasama yang telah diberikan sepanjang lawatan ini berlangsung.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2016-09-05-10-38-54#sigProId2f16a4b7fc

Written by : ezulia