MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN PROJEK TELAGA TIUB MADRASAH DARUL MUTAQIN KG LEPAN BOLA, BATU GAJAH, TANAH MERAH, KELANTAN

MAJLIS PERASMIAN DAN PENYERAHAN PROJEK TELAGA TIUB MADRASAH DARUL MUTAQIN KG LEPAN BOLA, BATU GAJAH, TANAH MERAH, KELANTAN

Tanah Merah, 1 April 2018 – Satu majlis perasmian dan penyerahan telaga tiub telah diadakan di antara Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Kelantan dan Madrasah Darul Mutaqin, Kg Lepan Bola, Tanah Merah, Kelantan. Perasmian dan penyerahan projek telaga tiub ini telah disempurnakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar (Sumber Asli) Ybhg. Dato’ Haji Suhaimi Bin Haji Mamat. Turut hadir ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Tuan Haji Mohd Zukeri Bin Ab. Ghani mewakili Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia.

Projek pembinaan telaga dan bekalan air bersih di madrasah ini telah berjaya disiapkan dengan sempurna dan telah digunapakai sepenuhnya. Telaga ini berupaya membekalkan air kira-kira 8,000 liter sejam atau 192,000 liter sehari. Telaga ini juga telah dipasang dengan sistem penapisan ringkas bagi meningkat kualiti air. Bekalan air daripada telaga tiub ini digunakan oleh pelajar seramai 60 orang dan lain-lain kegiatan madrasah serta turut digunakan oleh masyarakat sekitar. Diharapkan dengan pembinaan telaga tiub ini dapat memberi manfaat kepada masyarakat setempat khususnya pelajar dan guru madrasah. Mudah-mudahan semua pihak menyedari akan kepentingan sumber air tanah dan menjaganya dari sebarang pencemaran. JMG akan terus melaksanakan eksplorasi air tanah secara menyeluruh, sistemetik dan inovatif sebagaimana yang telah dirancang di dalam pelan strategik Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia 2016-2020.

Mudah-mudahan sumbangan sumber air tanah di Malaysia, khususnya di Negeri Kelantan akan terus berkembang maju. kerja-kerja pembangunan telaga air tanah akan terus dijalankan dari masa ke semasa.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2018-04-02-05-06-56#sigProId0c10974c02

 

Written by : mdkilau