Taklimat daripada syarikat willowstick, United kingdom

Taklimat daripada syarikat willowstick, United kingdom
Pengenalan kepada Kajian Geofizik, TEM Willowstick Method kepada JMG Selangor/Wilayah Persekutuan telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Kuarza, JMG Selangor/W.P pada 17 Mei 2019.
Taklimat telah diberikan oleh Mr. Paul Potter dari Syarikat Willowstick, United Kingdom. Sesi ini adalah merupakan pengenalan kepada kaedah Willowstick, aplikasi dan operasinya. Menurutnya, teknologi Willowstick ini telah terbukti dalam pelbagai keadaan iaitu kajian air tanah, eksplorasi dalam pencemaran alam sekitar serta kajian untuk terusan, empangan, sisa nuklear dan beberapa keadaan lagi.
Perbincangan telah dijalankan dalam masa 2 jam dan ianya merupakan pendedahan yang baik kepada JMG tentang teknologi terkini yang boleh diaplikasikan dalam kajian hidrogeologi. 

 

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2018-05-17-03-00-16#sigProIdbe071ccd72

Written by : Daniel