Perhimpunan Bulanan JMGSWP Bil. 04/2018

Perhimpunan Bulanan JMGSWP Bil. 04/2018

Perhimpunan Bulanan Bil. 04/2018 telah diadakan pada 25 Mei 2018 di Bilik Kuarza JMGSWP. Pengarah, En. Jontih Enggihon telah memberi taklimat berkenaan aktiviti-aktiviti bulanan jabatan, berkongsi maklumat semasa terkini dalam proses pertukaran kerajaan baru Malaysia serta cadangan penambahbaikan untuk jabatan meskipun masih belum ditetapkan kementerian.

JMGSWP juga mengalu-alukan kedatangan Pn. Nur Atiqa Hash bt. Ism Hash (Pembantu Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19). Selamat bertugas. Majlis diakhiri dengan acara penyampaian sijil penghargaan kepada mereka yang terlibat dalam menjayakan projek "Majlis Perasmian dan Penyerahan Telaga Tiub dan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas kepada Masjid Al-Hasanah, Bandar Baru Bangi".  Terima kasih.

 

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2018-05-25-22-37-33#sigProIda2f30ad7f1

Written by : Daniel