KERJA LAPANGAN UJILARI PERALATAN MAGNETOTELURIK (MT)

KERJA LAPANGAN UJILARI PERALATAN MAGNETOTELURIK (MT)

KUNDASANG, SABAH (28 MEI 2018) : ISNIN, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia, Sabah (JMG) dengan kerjasama Ibu Pejabat JMG dan Bahagian Perkhidmatan Teknikal (BPT), Ipoh Perak telah mengadakan satu kerja lapangan ujilari peralatan magnetotelurik (MT) di kawasan sesar aktif yang telah dikenalpasti iaitu Sesar Lobou-Lobou.

Lokasi stesen ujilari peralatan MT adalah di kawasan Kg. Mesilau dan Kg. Kundasang Lama pada 23 hingga 27 Mei 2018. Alat MT yang telah dipasang untuk diujilari memerlukan masa 24 jam untuk cerapan data.

Turut terlibat sama adalah peserta-peserta dari JMG Sarawak dan JMG Pahang.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2018-05-29-04-19-23#sigProId8e810a2113

 

Written by : HERORISAN