MAJLIS PENYERAHAN TELAGA TIUB AIR TANAH DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH RINGKAS (SPATR) KLINIK KESIHATAN BERANANG, HULU LANGAT, SELANGOR

MAJLIS PENYERAHAN TELAGA TIUB AIR TANAH DAN SISTEM PENAPISAN AIR TANAH RINGKAS (SPATR) KLINIK KESIHATAN BERANANG, HULU LANGAT, SELANGOR

Beranang, 27 Julai 2018 - Majlis Penyerahan Telaga Tiub Air Tanah dan Sistem Penapisan Air Tanah Ringkas telah diadakan di Klinik Kesihatan Beranang, Hulu Langat, Selangor. Tandatangan penyerahan disempurnakan oleh Tuan Haji Nazan bin Awang yang mewakili JMGSWP dan Dato' Dr. Khalid bin Ibrahim, Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.

Penerangan

Pada Mei 2017, pihak JMGSWP telah menerima permohonan daripada Jabatan Kesihatan Selangor untuk mendapatkan bantuan dan nasihat teknikal untuk pembinaan telaga tiub untuk Klinik Kesihatan Beranang. Hasil daripada tinjauan 'team waterstress', pihak JMGSWP mendapati klinik tersebut menghadapi tekanan air yang sangat rendah justru pada Oktober 2017, pihak JMGSWP telah bersetuju untuk membangunkan telaga tiub dan sistem penapisan air tanah ringkas yang dikenali sebagai SPATR. Hasilnya sebuah telaga tuib telah siap dibina pada awal bulan November 2017. Telaga yang berkedalaman 93 meter tersebut berupaya membekalkan air sebanyak 4,500 liter/jam atau 108,000 liter/sehari serta mempunyai sistem penapisan air ringkas yang dipasang untuk memastikan kualiti dan sumber air yang bersih.

 

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2018-07-30-01-38-47#sigProId9733a67ff0

Written by : Daniel