Majlis Perasmian dan Pentauliahan Mesin Gerudi 'Massenza' di Laman Jentera, Maeps, Serdang, Selangor

Majlis Perasmian dan Pentauliahan Mesin Gerudi 'Massenza' di Laman Jentera, Maeps, Serdang, Selangor
Pada 2 Ogos 2018, Satu majlis pentauliahan mesin gerudi baru 'massenza' telah diadakan di Laman Jentera MAEPS, Serdang. Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah JMG dan dihadiri oleh wakil daripada Lembaga Pertubuhan Peladang, JMG Ibu Pejabat, BPT dan wakil daripada JMG negeri.
 
Pentauliahan ini juga disertai dengan latihan penggerudian oleh penggerudi dari Itali dan pemilik pembekal mesin gerudi iaitu En. Matteo Massenza. Dengan adanya mesin gerudi ini, JMG telah berjaya membina sebuah telaga berkedalaman 101 meter di dalam batuan Formasi Kajang di MAEPS, Serdang, Selangor.

 

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2018-08-14-04-13-40#sigProIdb6cce40067

Written by : Daniel