Kursus Gemologi & Mineralogi

Kursus Gemologi & Mineralogi

Pada 11 Ogos 2018, PPM telah menghantar 2 orang wakil Pembantu Penyelidik bagi menghadiri kursus MGLS 101: Pengenalan kepada Gemologi dan Mineralogi. Pembantu-Pembantu Penyelidik tersebut adalah Encik Amirul Asyraaf bin Jailani dan Encik Azammuddin bin Ahmad Fauzi. Kursus ini telah dijalankan di Malayan Gemological Laboratory Services, Petaling Jaya Selangor. Pegawai daripada syarikat tersebut yang bertanggungjawab untuk memberi taklimat ialah Encik Mat Ruslin bin Maulud.

Kursus ini bertujuan untuk mempelajari dan mendalami ilmu Gemologi & Mineralogi khususnya berkaitan batu permata. Di samping itu, peserta kursus dapat meluaskan cabang pemahaman dan idea dalam menjalankan aktiviti R&D PPM secara am nya. Secara tidak langsung, mereka dapat mempelajari kaedah-kaedah pembentukan, explorasi dan klasifikasi permata dan merasai pengalaman menggunakan peralatan-peralatan canggih dan teknik-teknik gemologi secara ilmiah dan profesional.

Program bermula dengan kata alu-aluan daripada Encik Mat Ruslin di Dewan Seminar dan diteruskan dengan sesi taklimat serta syarahan daripada pada jam 9 pagi hingga 10.30 pagi. Setelah selesai kudapan pagi, kursus diteruskan dengan sesi amali membezakan batuan permata berlian dan batuan sintetik. Peserta juga berpeluang mempelajari kaedah mengenalpasti bentuk potongan permata dengan mengenalpasti bentuk potongan tersebut berdasarkan terminalogi facet dan fizikal batu permata secara ilmiah dan professional.

Sesi itu berakhir pada jam 1.00 tengah hari. Kursus gemologi dan mineralogi ini dapat menambah nilai ilmu yang sedia ada dalam bidang batu permata, di mana ianya boleh digunakan dalam mengenalpasti jenis–jenis permata dan keaslian nilai – nilai estetik batu permata tersebut.
Kursus ini juga sudah pastinya dapat membantu pembantu penyelidik baru untuk mengukuhkan lagi ilmu asas dalam bidang ini, di samping memberi pendedahan mengenai teknik-teknik semasa dalam teknologi penghasilan batu permata sintetik dan lain – lain.

PPM mengucapkan ribuan terima kasih kepada Malayan Gemological Laboratory Services kerana sudi menjemput PPM untuk menghadiri kursus ini.

 

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2018-09-04-07-40-03#sigProIde162cdec88

Written by : ezulia