MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 09/2018 DAN PERPISAHAN PEGAWAI

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL. 09/2018 DAN PERPISAHAN PEGAWAI

SHAH ALAM, JMGSWP 28 September 2018 - Majlis Perhimpunan Bulanan dan Perpisahan En. Tuan Rusli bin Tuan Mohamed telah diadakan di Bilik Kuarza, Tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan. En. Tuan Rusli sempat berkhidmat selama 17 bulan sebagai Timbalan Pengarah  JMGSWP  sebelum ditukarkan ke Ibu Pejabat JMG di Putrajaya pada awal bulan Oktober 2018. Terima kasih ke atas bakti beliau curahkan dan selamat maju jaya dari kami warga JMGSWP. Majlis Perhimpunan Bulanan juga diserikan dengan aturcara penyampaian cenderahati kepada En. Azira bin Ramely sempena kalahiran anak pertama beliau dan majlis memotong kek hari jadi untuk meraikan warga JMGSWP yang hari lahir mereka jatuh pada bulan Julai, Ogos dan September.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2018-10-02-06-52-51#sigProId7b7f3e16ef

Written by : Daniel