PERTANDINGAN FUTSAL PIALA PENGARAH JMG JOHOR

PERTANDINGAN FUTSAL PIALA PENGARAH JMG JOHOR

Johor Bahru, 17 Januari 2019 - Sekalung tahniah buat Kelab Sukan dan Kebajikan Kakitangan JMG Johor kerana telah berjaya menganjurkan Futsal Piala Pengarah JMG Johor buat pertama kalinya baru-baru ini. Pertandingan telah diadakan di Gelanggang Futsal UTC Kotaraya, Johor Bahru. Ia adalah pertandingan futsal dalaman untuk warga JMG Johor dimana semua pegawai dan kakitangan dibahagian pentadbiran dan teknikal terlibat.

Sebanyak 4 pasukan telah menyertai pertandingan futsal kali ini dan pembahagian secara undian telah ditentukan bagi mewakili pasukan masing-masing. Antara pasukan-pasukan yang terlibat ialah Baiduri, Delima, Zamrud dan Nilam. Format pertandingan diadakan secara liga, dimana pasukan yang matanya tertinggi adalah diisytiar juara. Pengarah JMG Johor, En. Mohammed Hussein b. Jamaluddin juga turut serta dalam pertandingan ini dengan mewakili pasukan Zamrud. Juara sulung bagi pertandingan Futsal Piala Pengarah JMG Johor telah dimenangi oleh pasukan Nilam, kedua Baiduri, ketiga Delima dan terakhir Zamrud. Antara objektif diadakan pertandingan ini adalah untuk mengeratkan hubungan silaturahim sesama kakitangan JMG Johor dan membudayakan amalan hidup yang sihat. Tahniah lagi sekali diucapkan diatas penganjuran aktiviti seperti ini semoga dapat diteruskan pada masa akan datang.

Sumbangan artikel : En. Asrul Sani bin Abdullah 

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2019-01-31-05-25-07#sigProId807419d3f5

Written by : asrul