PERHIMPUNAN BULANAN DAN MESYUARAT TAHUNAN KELAB KEBAJIKAN & REKREASI (KKR) JMG PERAK

PERHIMPUNAN BULANAN DAN MESYUARAT TAHUNAN KELAB KEBAJIKAN & REKREASI (KKR) JMG PERAK

20hb Mac 2019 (Rabu) – Majlis Perhimpunan Bulanan Dan Mesyuarat Tahunan Kelab Kebajikan & Rekreasi (KKR) JMG Perak telah diadakan di Dewan Granite bermula jam 9.00pagi. Majlis ini diwajibkan kehadiran pada semua warga JMG Perak. Majlis bermula dengan Perhimpunan Bulanan seterusnya bersambung dengan Majlis Mesyuarat Tahunan Kelab Kebajikan & Rekreasi (KKR). Mesyuarat Tahunan Kelab dirasmikan oleh Pengarah JMG Perak, Dato’ Ir Ahmad Zukni Bin Ahmad Khalil. Pengerusi KKR untuk penggal ini dipegang oleh Ir. Tan Hai Hong.

Pada mesyuarat kali ini, semua ahli yang hadir menerima cenderahati sehelai tuala bercop JMG Perak. Manakala ahli kelab yang membuat bayaran yuran penuh untuk tahun semasa, mereka diberikan sumbangan 10% daripada jumlah setahun yuran yang dibayar. Langkah ini dibuat untuk menggalakkan ahli kelab membuat bayaran penuh tanpa tunggakan. Di majlis ini juga dibuat penyerahan sumbangan kepada ahli yang menerima bayi pertama di JMG Perak, kejayaan akademik bagi peperiksaan UPSR, PT3, SPM dan STPM serta ahli yang bertukar atau bersara. Majlis ini juga diceriakan dengan cabutan bertuah. Selesai majlis, semua ahli dijamu dengan juadah makan tengahari yang sungguh enak.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2019-04-11-03-35-43#sigProId20bad3903d

 

 

 

Written by : norhazliza