LAWATAN KE TAPAK INDUSTRI MINERAL, KUARI DAN PERLOMBONGAN

LAWATAN KE TAPAK INDUSTRI MINERAL, KUARI DAN PERLOMBONGAN

TAWAU, SABAH (12 APRIL 2019) : Cawangan Ekonomi Mineral (CEM), Ibu Pejabat yang diketuai oleh Pengarah CEM, Tuan Hj. Azemi Hj. Eki, En. Yusari bin Basiran (Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Pehubungan Industri) dan Encik Badrol Hisham (Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Risikan Mineral) dengan diiringi oleh dua orang pegawai dari Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia(JMG), Sabah iaitu Encik Aidil Arnolous Rema (Penolong Pengarah Geosains Lombong & Kuari) dan Puan Cynthia Lim Li Chien (Penolong Pengarah Geosains Mineral Perindustrian) turut bersama–sama menjayakan Lawatan ke Premis Industri Mineral di Tawau dan Lahad Datu, Sabah sekitar 9hb. April 2019 hingga 11hb. April 2019 yang lepas.


Sesi lawatan ini antara lain bertujuan untuk memberi pendekatan secara khusus kepada kilang-kilang industri dengan memfokuskan kepada objektif Mineral Statistic Yearbook yang dikeluarkan oleh Unit CEM pada setiap tahun di samping mempromosikan sektor industri mineral Malaysia dan Sabah amnya. Unit CEM juga memberi penekanan kepada kepentingan setiap industri untuk berkerjasama menghantar maklumat statistik industri kepada JMG.


Beberapa kuari yang telah dilawat di sekitar Tawau iaitu Kuari Onika (Kuari Batuan Andesit), Jalan Ayer Panas, Tawau dan Kuari Goltra, Jalan Apas, Tawau serta Lombong Emas Southsea Gold, Bukit Mantri, Tawau. Sementara itu, di daerah Lahad Datu pula lawatan industri telah diadakan di kilang memproses tanah lempung iaitu di Borneo Taiko dan sebuah kuari di Tungku, Lahad Datu iaitu Kuari KBM. Selepas sesi taklimat dan perbincangan bersama pihak industri, rombongan lawatan berkesempatan untuk dibawa melawat ke muka kuari, crushing plant, kilang pemprosesan mineral (Borneo Taiko dan Southsea Gold), stockpile dan sebagainya.

Sumber maklumat : En. Arthur Leo Intiang

Jurukamera : En. Herorisan Paruka / En. Arthur Leo Intiang

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2019-04-17-10-27-24#sigProIdc473aa5785

Written by : HERORISAN