SOLAT HAJAT MEMOHON HUJAN DAN MAJLIS MERAIKAN AJK TANAH GAMBUT

SOLAT HAJAT MEMOHON HUJAN DAN MAJLIS MERAIKAN AJK TANAH GAMBUT

BERIS LALANG, BACHOK, KELANTAN 16 APRIL 2019 (SELASA) – Para penduduk Beris Lalang dan Be’oh Bachok telah mengadakan program solat hajat memohon hujan dan majlis meraikan AJK Tanah Gambut. Program ini merupakan anjuran ADUN Jelawat dan mendapat  kerjasama dari Jabatan Alam Sekitar (JAS). ADUN Jelawat, iaitu YB Haji Abdul Azziz Bin Kadir turut sama hadir.  Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Kelantan, Jabatan Bomba dan Penyelamat (BOMBA), Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS)  dan beberapa agensi kerajaan yang lain  turut sama dijemput bagi menjayakan program ini.

Solat hajat berkenaan dirancang bagi memohon hujan supaya keadaan kebakaran gambut di Kampung Beris Lalang, Be’oh dan kampung-kampung sekitar dapat dikawal sepenuhnya berikutan keadaan kemarau yang berpanjangan.  Kebakaran tanah gambut ini telah banyak memusnahkan harta benda dan tanam-tanaman penduduk.  JMG Kelantan, JAS, BOMBA dan JPS telah bertungkus lumus dalam operasi memadam kebakaran supaya tidak berlarutan.

 

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2019-04-18-04-27-46#sigProId0ba1347375

Written by : mdkilau