PROGRAM SEKAMPIT BERAS DAN LAWATAN AMAL KE GOLONGAN ASNAF

PROGRAM SEKAMPIT BERAS DAN LAWATAN AMAL KE GOLONGAN ASNAF

KOTA KINABALU, SABAH (27 MEI 2019): ISNIN, BKKI Sabah telah mengadakan satu Program Sekampit Beras pada tahun ini dan pusat pengumpulan beras-beras dan barangan dapur di Bilik Perpustakaan yang baru di Aras Bawah Blok Jesselton. Program Sekampit Beras ini merupakan program tahunan BKKI JMG Sabah.

Program Sekampit Beras ini bermula pada 20hb Mei 2019 dan berakhir pada 24hb Mei 2019. Selepas itu pihak Biro Kebajikan mengenalpasti golongan-golongan asnaf yang layak untuk menerima bantuan orang ramai ini.

Lawatan amal telah dilaksanakan pada 27 Mei 2019 bersamaan 22 Ramadhan 1440H, bermula di Kampung Petagas. Seramai lima orang golongan asnaf yang telah dipilih oleh pihak Biro Kebajikan. Antara mereka adalah En. Karim, Pn. Siah binti Ula, Pn. Ratina binti Samin, Pn. Anum binti Talip dan Pn Faezah binti Dalli. Penyerahan beras dan keperluan ini telah diadakan di rumah mantan JMG Sabah Pn. Mejah binti Birud bagi memudahkan pengagihan beras tersebut. Penyerahan Beras tersebut telah disempurnakan oleh En. Ramle dan Pn. Suriani.

Seterusnya AJK-AJK BKKI Sabah yang terlibat meneruskan perjalanan ke Kampung CederaKasih, Inanam. Seramai sembilang orang golongan asnaf yang terpilih. Antara meraka adalah En. Delan Mentali, Pn. Genuik Sagaya, Pn. Athris Filex Taty, Pn. Hasnah Ali, Pn. Aida, Pn. Salina Abdullah, Pn. Lisa Ande, Pn. Esah Nonong dan Pn. Suriati. Majlis penyerahan tersebut telah dilaksanakan di Masjid Kampung CenderaKasih tersebut. Penyerahan beras tersebut telah disempurnakan oleh En. Awang Besar dan Pn. Shuryanteh.

AJK-AJK BKKI terus bergerak dengan tiga buah kenderaan jabatan ke Kampung Bangka-Bangka, Likas dan Kampung Suang Parai / Delima. Baki-baki beras yang ada diserahkan kepada AJK Masjid kampung tersebut.
BKKI JMG Sabah mengucapkan ribuan terima kasih buat semua dermawan yang terdiri daripada warga JMG Sabah, mantan JMG Sabah, orang perseorangan dan rakan-rakan daripada Tanah Semenanjung. Semoga Allah sahaja dapat membalas segala kebaikan tuan/puan.

Antara AJK-AJK BKKI yang terlibat adalah En. Muhamad Umar bin Sarimal (Pengerusi juga Ketua Program), En. Ramle bin Kalaham (Timbalan Ketua Biro Ilmu), En Awang Besar bin Hj. Kula (Ketua Biro Kebajikan), En. Herorisan bin Paruka (Bendahari), Pn. Suriani binti Ramlee (Ketua Biro Publisiti dan Informasi), Pn. Shuryanteh binti Mohd. Yassin (Timbalan Ketua Biro Publisiti dan Informasi), En. Ali Akbar bin Amil Hassan (Timbalan Ketua Biro Kebajikan), En. Dharmin, En. Mohd. Azrol bin Hanaffi, En. Fiqria Haziq dan En. Ruddey John.

“Bersedekah dan Beramal di Bulan Mulia banyak ganjarannya”

Sumber maklumat dan foto : En. Herorisan bin Paruka dan Penulis

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2019-05-29-05-20-00#sigProId0a09f07983

Written by : Suriani Ramlee