Seminar Beckman Coulter Particle Size Analyzer

Seminar Beckman Coulter Particle Size Analyzer

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 19 Julai 2019. Satu seminar berkaitan Beckman Coulter Particle Size Analyzer anjuran Unit Latihan PPM bersama Syarikat Straits Scientific Sdn Bhd telah diadakan di Dewan Seminar PPM pada 18 Julai yang lalu. Seminar ini bertujuan untuk mengetahui tentang teori “Beckman Coulter Laser Diffraction Particle Size Analysis” serta kaedah untuk memilih peralatan yang baik bagi memperolehi data dengan lebih tepat.
  
Selain itu, seminar tersebut telah dikendalikan oleh wakil daripada Syarikat Straits Scientific Sdn Bhd, iaitu Ms Wong Chor Wan. Sepanjang program itu berlangsung, para peserta telah diberikan penerangan tentang peralatan yang ditunjukkan serta cara untuk mengendalikan peralatan itu dengan betul. Mereka juga telah diberi peluang untuk belajar menganalisa dan mengumpul data sendiri daripada makmal masing-masing dengan menggunakan peralatan tersebut.

Akhir sekali, PPM mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dalam menjayakan seminar ini. PPM berharap agar para peserta dapat mengambil input-input yang berguna daripada seminar ini untuk memajukan lagi hasil penyelidikan pada masa akan datang.

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2019-08-01-04-26-46#sigProIded1c52f3c1

Written by : ezulia