RIANG RIA AIDILFITRI UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT JMG SABAH 2019/1440H

RIANG RIA  AIDILFITRI UNIT PENGURUSAN MAKLUMAT JMG SABAH 2019/1440H

KOTA KINABALU, SABAH (02 JULAI 2019): SELASA, Unit Pengurusan Maklumat yang diketuai oleh En. Eddie Affandy bin Mohd Yusslee telah mengadakan satu majlis riang ria aidilfitri yang julung kalinya di unit beliau. Majlis bertempat di Aktiviti IT Data, Tingkat 1, Blok Jesselton, JMG Sabah pada hari Selasa 02 Julai 2019 bersamaan dengan 28 Syawal 1440H. Majlis riang ria adilfitri bermula pada pukul 10.30 pagi sehingga pukul 3.00 petang.

Riang Ria Aidilfitri UPM kali ini sambutan agak meriah daripada semua kakitangan JMG Sabah yang datang dari pelbagai unit di JMG Sabah. Sambutan yang julung kalinya ini agak meriah dan kakitangan UPM juga tidak menyangka yang mereka akan menerima kunjungan tetamu yang begitu ramai. Pelbagai juadah hari raya disediakan sendiri oleh kakitangan UPM sendiri. Antara hidangan mereka adalah Rendang Ayam, Kari Ayam, Daging Hitam, Acar Timun, Sate, Kelupis, Kuih Muih serta banyak lagi.

Riang Ria Aidilfitri yang julung kalinya diadakan bertujuan bagi mengeratkan lagi tali silaturrahim di antara sesama kakitangan UPM sendiri selain ingin menjamu rakan-rakan lain dari pelbagai unit dan aktiviti. Dalam masa yang sama meraihkan persaraan salah seorang kakitangan UPM iaitu En. Peter Suking.

Dengan penuh syukur majlis ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Semoga ikatan padu dan kerjasama antara satu unit ini terus utuh bagi menjadikan UPM satu unit kesukaan ramai. InshaALLAH. Unit Pengurusan Maklumat JMG Sabah mengucapkan ribuan terima kasih buat semua kakitangan yang berkunjung ke Majlis Riang Ria Aidilfitri mereka.

Sumber maklumat : Penulis
Sumber foto : En. Abdul Arif bin Tahar, En. Peter Suking, Pn. Besty Jenny dan En. Eddie

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2019-08-20-00-30-45#sigProId0818b5558c

Written by : Suriani Ramlee