PPM berjaya dalam Audit Pengawasan SPK MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2019

PPM berjaya dalam Audit Pengawasan SPK MS ISO 9001:2015 bagi tahun 2019

Pusat Penyelidikan Mineral, Ipoh – 3 Disember 2019. Sekalung tahniah buat PPM-JMG kerana sekali lagi melakar kejayaan dalam Audit Pengawasan SPK MS ISO 9001:2015 yang telah diadakan pada 2 hingga 3 Disember 2019 oleh Ketua Auditor SIRIM QAS, Puan Meena Regawan.

Berdasarkan laporan daripada Audit Pengawasan, PPM hanya menerima dua teguran verbal sahaja dan tiada laporan ketidakpatuhan (NCR) dan pemerhatian (observation). Selain itu juga, PPM telah mendapat pujian pada tahap sangat bagus bagi Mesyuarat Kajian Semula Pengurusan (MKSP), audit dalaman (internal audit) dan kepuasan pelanggan (customer satisfaction).

Tahniah dan syabas diucapkan kepada seluruh pasukan ISO PPM serta semua warga PPM kerana telah memberikan kerjasama sepenuhnya dalam audit pengawasan pada tahun ini. Semoga PPM dapat memberikan kejayaan yang lebih cemerlang untuk audit pengawasan pada tahun hadapan.

 

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2019-12-03-08-29-23#sigProId5e142c3203

 

Written by : ezulia