BENGKEL SISTEM PERALATAN PENANDA ARAS GEMPA BUMI (PAG) DAN PENYERAHAN KUNCI PAG

BENGKEL SISTEM PERALATAN  PENANDA ARAS GEMPA BUMI (PAG) DAN PENYERAHAN KUNCI PAG

KOTA KINABALU (30HB. NOV 2019) : Bengkel Sistem Peralatan Penanda Aras Gempa Bumi (PAG) dan penyerahan kunci PAG aktif kepada pihak Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Sabah (JMG) oleh pihak kontraktor telah diadakan di Ranau dan JMG Sabah pada 24 hingga 29 November 2019 yang lepas.

Bengkel tersebut bertujuan untuk memberi pemahaman dan latihan secara praktikal berkaitan peralatan sistem PAG kepada pegawai dan kakitangan Geologi Kejuruteraan yang bertanggungjawab memantau dan mengukur kadar pergerakan segmen-segmen sesar aktif dan gegaran gempa bumi di kawasan Ranau.

Empat kawasan PAG aktif yang telah siap di bina di Ranau iaitu PAG Mamut, PAG SMK. Mohd. Ali Ranau, PAG Sabah Tea dan PAG Marakau. PAG Marakau dijadikan sebagai "Base Station" bagi stesen PAG yang lain.

Selain daripada pegawai dan kakitangan Aktiviti Geologi Kejuruteraan, Pengarah JMG Sabah, En. Paulius Godwin@Paulus turut bersama-sama bagi menjayakan bengkel ini dan seterusnya menyempurnakan majlis penyerahan kunci di keempat-empat sistem PAG daripada pihak kontraktor kepada pihak JMG.

  • Jurukamera : En. Herorisan Paruka
  • Sumber Media : En. Bailon Golutin / En. Herorisan Paruka

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/2019-12-11-01-32-33#sigProId7352a16047

Written by : HERORISAN