Latihan Asas Filmora 12

Latihan Asas Filmora 12

IPOH, 21 Mac - Alhamdulillah sesi Latihan Asas Filmora 12 telah berjaya diadakan selama 4 hari bermula Isnin (18/3/24) sehingga Khamis (21/3/24). Terima kasih diucapkan kepada Cawangan Pelaksana dan Pengkomersialan atas pelaksanaan program ini. Tahniah juga diucapkan kepada semua peserta dan tenaga pengajar yang telah sama-sama menjayakan sesi latihan ini. Semoga ilmu yang dikongsikan sedikit sebanyak dapat memberikan nilai tambah dalam memajukan kerjaya dan hasil kerja para peserta di masa hadapan.

Ceramah Agama "Solidariti Palestin”

Ceramah Agama "Solidariti Palestin”
IPOH, 8 MAC - Al-Fadhil Ustaz Suhaimi bin Latip menyampaikan ceramah agama bertajuk "Solidariti Palestin” yang telah diadakan di Dewan Seminar PPM hari ini. Ceramah agama ini merupakan program bulanan anjuran Biro Kebajikan, Kelab Sukan dan Kebajikan Pusat Penyelidikan Mineral (KSKPPM).
Ceramah kali ini berkaitan dengan isu kekejaman pengganas z10n1st 1sre4l terhadap rakyat P4l3stin. Penceramah juga berkongsikan bagaimana kekejaman ini berlaku dengan menyingkap sejarah rampasan tanah rakyat P4l3stin yang bermula apda tahun 1948.
Semoga ilmu yang dikongsikan dapat kita amalkan dan dijadikan panduan dalam kehidupan seharian.

KUNJUNGAN HORMAT PROF. DR. IZUMI DAN PUAN ERIKO KE JMGSWP

KUNJUNGAN HORMAT PROF. DR. IZUMI DAN PUAN ERIKO KE JMGSWP

SHAH ALAM, 21 Mac 2024 - Kunjungan Hormat oleh Professor Dr. Izumi Takako dari Tohoku University Japan dan Puan Eriko Motoyama bagi membincangkan keberhasilan projek Japan Partneship Program (JPP) Strengthening the Disaster Risk Reduction Capacity to Improve the Safety & Security of Communities by Understanding Disaster Risks (SeDAR) yang telah berjaya dilaksanakan selama empat tahun di Negeri Selangor. JMG merupakan salah satu agensi teknikal utama yang bekerjasama dalam projek ini dalam memberikan input teknikal melalui latihan dan bengkel kepada komuniti dalam konteks pengurusan risiko bencana geologi tanah runtuh. Antara impak penting projek ini adalah dengan tertubuhnya komuniti SeDAR di kawasan yang berisiko bencana selain usaha komuniti setempat mewujudkan Pusat Sumber Komuniti DRR di Bukit Antarabangsa. JMG turut menyumbangkan beberapa bahan bacaan dan nota teknikal berkaitan bahaya dan risiko bencana geologi kepada Pusat Sumber tersebut untuk dimanfaatkan kepada penduduk setempat.

MESYUARAT TEKNIKAL PASCA BANJIR DI TAMAN NEGARA JOHOR (TNJ) ENDAU-ROMPIN

MESYUARAT TEKNIKAL PASCA BANJIR DI TAMAN NEGARA JOHOR (TNJ) ENDAU-ROMPIN

Iskandar Puteri, 19 Mac 2024 - Mesyuarat Teknikal Pasca Banjir di Taman Negara Johor (TNJ) Endau-Rompin telah diadakan di pejabat Perbadanan Taman Negara Johor, Iskandar Puteri. Mesyuarat dipengerusikan oleh Encik Taufik b. Bahar Pengarah PBNJ dan dihadiri oleh wakil agensi teknikal seperti JMG, JKR ,UTM, UTHM, Pegawai Daerah Mersing dan Pegawai Daerah Segamat.

Baca selanjutnya

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 02/2024

MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN JMGSWP BIL. 02/2024
SHAH ALAM, 21 Mac 2024 – Majlis Perhimpunan Bulanan bagi bulan Mac telah dianjurkan oleh JMGSWP yang bertempat di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 7, Bangunan Darul Ehsan.
 
Antara pengisian majlis perhimpunan bulanan kali ini adalah bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, perutusan pengarah oleh Yang Berusaha Encik Tuan Rusli bin Tuan Mohamed, tayangan montaj aktiviti jabatan dan diakhiri dengan taklimat program Takaful Cuepacscare yang disampaikan oleh wakil dari Cuepacs.