MAJLIS APC & JAMUAN HARI RAYA JMG KELANTAN

MAJLIS APC & JAMUAN HARI RAYA JMG KELANTAN

30 Mei 2022 (Isnin)

ย Majlis APC (Anugerah Perkhidmatan Cemerlang) bagi menghargai sumbangan dan kecemerlangan kakitangan JMG Kelantan telah diadakan pada 30 Mei 2022 (Isnin) di Dewan Gunasama Wisma Persekutuan Kota Bharu dan disempurnakan oleh Timbalan Ketua Pengarah (operasi) JMG Malaysia, En. Mohd Bazran bin Hj Taib.

Seramai 3 orang kakitangan yang telah menerima perhkhidmatan cemerlang bagi tahun 2021 telah diberi anugerah tersebut iaitu :

  1. Encik Mohd Hisham bin Md. Nawi (Timbalan Pengarah Lombong dan Kuari C44)
  2. Puan Nor Azia binti Abdullah (Penolong Pegawai Tadbir N29)
  3. Encik Janatul Firdaus bin Ismail (Penolong Pegawai Geosains C29)

Sekalung tahniah diucapkan kepada mereka,semoga kekal cemerlang di masa hadapan dan juga menjadi dorongan kepada kakitangan JMG Kelantan yang lain untuk sama-sama meningatkan prestasi kerja di JMG Kelantan.

Sempena lawatan kerja ini,TKP (O) juga diberikan taklimat mengenai perkembangan pembinaan tapak pejabat baru JMG Kelantan di Tunjung. TKP(O) juga,dibawa melawat ke tapak tersebut bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

JMG Kelantan juga berkesempatan mengadakan jamuan Hari Raya yang bertempat di Pejabat JMG Kelantan. Berbagai makanan,minuman dah kuih-muih disediakan. Bagi memeriahkan lagi,JMG juga berbesar hati menjemput mantan pengarah JMG Kelantan dan pesara-pesara yang pernah berkhidmat di JMG Kelantan.