Program Perhimpunan Bulanan dan Majlis Jasamu Dikenang JMG Pahang Mac 2020  

Program Perhimpunan Bulanan dan Majlis Jasamu Dikenang JMG Pahang Mac 2020  

Oleh : Mohammad Aznawi bin Hj Mat Awan (KUPM JMG Pahang)

 

asemua

Pada 16 Mac 2020, bersamaan Isnin, 21 Rejab 1441H, telah diadakan Program Perhimpunan Bulanan Ketiga JMG Pahang bagi tahun 2020. Bersekali dengan program tersebut, telah dianjurkan Majlis Jasamu Dikenang bagi meraikan persaraan En Kamal bin Daril, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) (TKP(Ops)) JMG Malaysia yang akan bersara wajib selepas berkhidmat dengan kerajaan hampir 36 tahun. Kakitangan Makmal Kimiabumi JMG di Semambu, Kuantan telah dijemput hadir dan turut serta bagi mengimarahkan majlis yang dianjurkan.   

ae perhimpunan

Aturcara majlis bermula pada pukul 9.00 pagi dengan semua kakitangan berkumpul di Bilik Mesyuarat Gipsum di tingkat tiga bangunan JMG Pahang. Jurumajlis bagi perhimpunan bulanan kali ini ialah En Mohd Hairimy bin Abd Rahim, Pembantu Operasi JMG Pahang.  Program dimulakan dengan bacaan doa oleh En Farizul Helmi bin Mohamed, Pembantu Geosains diikuti dengan nyanyian Lagu Negaraku, nyanyian Lagu Pahang, Lagu JMG serta bacaan Ikrar Perkhidmatan oleh Pn Norjunaida binti Salehudin, Pembantu Tadbir JMG Pahang.

aa hairimy

ab ijoy

ac lagu

ad ikrar

 

Majlis diteruskan dengan ucapan oleh Pengarah JMG Pahang, Dato’ Ir Azman bin Ab Majid. Beliau memulakan ucapan dengan  salam hormat terima kasih kepada kakitangan yang hadir walaupun perhimpunan bulanan ini diadakan semasa awal cuti sekolah dan dalam kesibukan tugasan hakiki masing-masing. Beliau seterusnya menyampaikan beberapa amanat dan maklumat terbaharu perkembangan semasa, antaranya kenaikan pangkat dan pertukaran pegawai dan kakitangan JMG, barisan kabinet Kerajaan Malaysia yang baharu, gejala penularan wabak pandemik COVID-19 yang sedang melanda Malaysia serta status semasa Perbelanjaan Mengurus dan Projek Pembangunan JMG Pahang.

af pengarah

Program perhimpunan bulanan kemudiannya berhenti rehat sebentar untuk menunggu ketibaan tetamu istimewa yang diraikan bagi Majlis Jasamu Dikenang JMG Pahang iaitu En Kamal bin Daril, TKP(Ops) JMG Malaysia.

ag menunggu

ai kereta

Tepat pada pukul 10.00 pagi, En Kamal bin Daril tiba, diiring bersama olen Tn Hj Mohd Badzran bin Mat Taib, Pengarah Penyelarasan Operasi JMG Malaysia dan disambut oleh Pengarah dan kakitangan JMG Pahang. En Kamal dan Tn Hj Badzran telah dijemput mencuci tangan menggunakan hand sanitizer seperti atas arahan Kementerian Kesihatan Malaysia. En Kamal kemudiannya telah dipersilakan untuk merasmikan kenderaan baharu Toyota Fortuner yang diterima JMG Pahang pada akhir tahun 2019 yang lalu. Dengan menggunakan dron sebagai gimik bagi menghantar kunci kenderaan berkenaan, perasmian terlaksana dengan En Kamal bin Daril memotong riben dan menghidupkan enjin kenderaan baharu tersebut.

ah ketibaan

ai potong riben

ai bagus

Doa selamat kemudiannya telah dibacakan oleh En Hazami bin Abdullah, Pembantu Geosains JMG Pahang bagi memohon keberkatan dan kerahmatan Allah bagi majlis tersebut.  En Kamal bin Daril kemudiannya diiiringi oleh kakitangan JMG Pahang dan Makmal Kimiabumi Semambu ke bilik Mesyuarat Gipsum bagi program Majlis Jasamu Dikenang. 

ai doa

Pengarah JMG Pahang, Dato’ Ir Azman bin Ab Majid dalam ucapan aluan-aluan beliau mengenang kembali perkenalan beliau dengan En Kamal bin Daril pada tahun 1984 semasa sama-sama berkhidmat di Ipoh, walaupun tidak berada dalam satu jabatan pada waktu itu. Pernah menetap di kawasan perumahan yang sama di Taman Cempaka, Ipoh, banyak kenangan yang dikongsikan beliau. Beliau antara lain turut memberikan beberapa tips kesihatan untuk dikongsi bersama serta turut mengucapkan selamat maju jaya kepada En Kamal dan mendoakan kesejahteraan dan kesihatan En Kamal dalam menempuh alam persaraan. Beliau mengakhiri ucapan beliau dengan beberapa rangkap pantun khusus untuk En Kamal.

aj en kamal

aj en badzran

ak pengarah

Tetamu yang diraikan, En Kamal bin Daril kemudiannya dipersilakan memberikan ucapan sepatah dua kata sempena persaraan beliau. Beliau yang berasal dari Jasin, Melaka memaklumkan ini merupakan lawatan kali pertama beliau ke JMG Pahang sejak menjawat jawatan selaku TKP (Ops) mulai 2019 yang lalu dan akan bersara pula pada Khamis 19 Mac 2020. Mulai bertugas di Jabatan Penyiasatan Kajibumi di Ipoh pada 28 Mac 1984, beliau mengambil kesempatan untuk menyampaikan amanat dan pesanan untuk dikongsi bersama oleh semua kakitangan JMG Pahang, antaranya termasuk memahami tujuan bekerja dan amanah serta jujur sebagai penjawat awam, memberikan komitmen penuh terhadap tugasan dan menjaga keamanan dan keharmonian dalam pejabat. Beliau juga memberikan peringatan mesra agar semua kerja dan pelaporan terutama projek jabatan disiapkan dalam skop masa yang ditetapkan bagi kebaikan jabatan.

ak en kamal ucap

Usai ucapan En Kamal bin Daril, program diteruskan dengan tayangan video aktiviti yang telah diadakan sepanjang tahun 2019 oleh JMG Pahang dan tayangan video khas sepanjang perkhidmatan En Kamal bin Daril yang disediakan Unit Pengurusan Maklumat JMG Pahang.

aj majlis

Pengarah JMG Pahang kemudiannya telah berkenan menyampaikan cenderahati kenangan berupa Batik Songket Tenun Pahang Diraja sumbangan JMG Pahang kepada En Kamal bin Daril  sebagai tetamu istimewa yang diraikan.

ak cenderamata

Program Perhimpunan Bulanan dan Majlis Jasamu Dikenang JMG Pahang ini ditangguhkan dengan majlis jamuan makan tengahari pada pukul 12.45 tengahari.

al jamuan

Seluruh warga JMG Pahang dengan setinggi-tinggi penghargaan merakamkan ucapan terima kasih serta ucapan selamat menempuhi alam persaraan kepada En Kamal bin Daril TKP (Ops) JMG Malaysia. Jasa dan sumbangan beliau sepanjang bertugas di JMG Malaysia akan sentiasa dikenang dan dihargai oleh seluruh kakitangan JMG Malaysia. Semoga Allah merahmati beliau  dan dimurahkan rezeki, serta dikurniakan kesihatan dan keberkatan yang berpanjangan sentiasa.

Semoga program dan majlis yang dilaksanakan ini juga dapat sentiasa menambah baik kesepakatan, kerjasama dan silaturrahim yang erat antara kakitangan JMG Pahang dan terus menambahkan keceriaan tugasan kakitangan di pejabat secara khususnya

Amin…

- Sekian -

JMGSWP MEMULAKAN LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19

JMGSWP MEMULAKAN LANGKAH PENCEGAHAN PENULARAN JANGKITAN COVID-19

SHAH ALAM, 12 Mar 2020 - JMGSWP telah mengambil langkah awal  dengan melakukan aktiviti pembersihan dan nyahkuman pejabat bagi menangani penularan jangkitan koronavirus baharu (Covid-19). Pihak pengurusan Bangunan Darul Ehsan kini  juga  sedang menjalankan ujian saringan suhu badan yang diwajibkan ke atas semua kakitangan dan pelawat yang datang berurusan di bangunan pentadbiran. Ujian saringan suhu badan yang membabitkan pintu masuk ke ruang lif lantai lobi dilakukan seawal jam 7.00 pagi sehingga 5.30 petang.

“Mencegah lebih baik daripada merawat" dan disebalik kebimbangan penularan Covid-19, JMGSWP mahu semua warga kerja dan pelawat berasa yakin dengan tahap keselamatan serta kebersihan pejabat.

MAJLIS PELANCARAN PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN MASKOT ASPIRING LABUAN GEOPARK

MAJLIS PELANCARAN PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO DAN MASKOT ASPIRING LABUAN GEOPARK

DEWAN KONVENSYEN UJANA KEWANGAN, WILAYAH PERSEKUTUAN LABUAN (8 FEBRUARI 2020) SABTU : Satu Majlis Pelancaran Pertandingan Mencipta Logo dan Maskot Aspiring Labuan Geopark yang telah dirasmikan oleh YBTM Kementerian Wilayah Persekutuan, YBTM Kementerian Pelancongan, MOTAC dan MAKSAK. 

Wakil rasmi JMG yang telah hadir adalah Tn. Hj. Azhari Ahmad (Pengarah Kanan BPT), Puan Jenneth Cyril (JMG Sabah), Cik Fatimah Tuzaharah Binti Kamaludeen (JMG Sabah), Encik Adyrean Edero Jingkah (JMG Sabah) dan Dr. Norbert Simon (JKPGK/UKM)

Baca selanjutnya

High Tea Ketua Unit Geologi Marin

High Tea Ketua Unit Geologi Marin

IPOH, 28 Februari 2020:   Hari ini telah diadakan majlis 'High Tea' bagi meraikan perpisahan Ketua Unit Marin, En. Abdullah Sulaiman yang akan menjawat jawatan Pengarah JMG Negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang (Pgh KPPP) berkuatkuasa 2 Mac 2020. Turut hadir dalam majlis ini adalah Pengarah Perkhidmatan Makmal, En. Ismail Hanuar sebagai menggantikan Pengarah Kanan BPT Tn. Hj. Azhari Ahmad.

 

View the embedded image gallery online at:
http://blog.jmg.gov.my/akrab/archive/32020#sigProId851527bf66