LAWATAN PPM KE LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (LKTN)

LAWATAN PPM KE LEMBAGA KENAF DAN TEMBAKAU NEGARA (LKTN)

Pada 21 Mei yang lepas, PPM telah menganjurkan lawatan ke Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara yang terletak di Kubang Kerian, Kelantan serta ladang dan industri penghasilan produk kenaf di kawasan berhampiran. Lawatan ini diketuai oleh Pengarah PPM iaitu Encik Aminuddin Mahmud dan 11 orang pegawai. Wakil dari JMG Kelantan turut hadir bersama ketika sesi lawatan ini.

Sesi lawatan bermula dengan sedikit taklimat ringkas mengenai kenaf dan produk yang dihasilkan berasaskan kenaf di ibu pejabat LKTN. Melalui perbincangan ini, PPM berhasrat untuk menjadikan tanaman kenaf sebagai bahan penyelidikan dalam pembuatan kertas dan juga ingin mengkaji kesesuaian tanaman tersebut dalam projek pemulihan lombong dan kuari.

Baca selanjutnya

PERBINCANGAN POTENSI MINERAL DI ANTARA JMG SABAH DAN ARAS KUASA SDN BHD.

PERBINCANGAN POTENSI MINERAL DI ANTARA JMG SABAH DAN ARAS KUASA SDN BHD.

KOTA KINABALU, SABAH (24 MEI 2019): JUMAAT, Satu perbincangan diantara JMG Sabah dan Aras Kuasa Sdn. Bhd. Telah diadakan di Bilik Mesyuarat Chromite, Tingkat 3, Blok Jesselton. Aras Kuasa Sdn Berhad telah menghantar seramai tiga orang bagi membincangan potensi mineral.

Antara kandungan perbincangan antara JMG Sabah dan Syarikat Aras Kuasa Sdn. Bhd adalah lokasi-lokasi di mana ada potensi mineral, jenis-jenis mineral yang boleh diusahakan di negeri Sabah dan Prosedur-prosedur permohonan permit carigali.

JMG Sabah diwakili oleh Pengarah sendiri selaku pengerusi pada perbincangan tersebut (En. Mohd. Yusop bin Ramli), En. Paulus Godwin (Timbalan Pengarah), En. Webster Wong Vui Chung dan Pn. Jayawati Fanilla Sahih Montoi.

Sumber maklumat dan foto : Pn. Jayawati Fanilla Sahih Montoi