MAJLIS PERHIMPUNAN BULANAN BIL 5/2022 DAN LAWATAN TKP (OPERASI) JMG MALAYSIA
Johor Bahru, 18 Mei 2022 – Majlis Perhimpunan Bulanan Bil 5/2022 dan lawatan TKP (Operasi) JMG Malaysia telah diadakan di Bilik Mesyuarat Kuarza, Tingkat 9, Menara TH, Johor Bahru.
MAJLIS SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI JMG PERAK
24 Mei 2022 (Selasa) – Sebuah Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Peringkat JMG Perak telah diadakan di Kawasan Parkir Kereta JMG Perak pada jam 11.00 pagi. Majlis ini disambut meriah dengan dihadiri oleh semua warga JMG Perak dan para tetamu jemputan khas. Antara tetamu istimewa ialah Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), En Mohd Badzran Bin Mat Taib, YB. YB Dato' Nolee Ashilin Mohamed Radzi selaku Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan Dan Pelancongan Negeri Perak, pesara-pesara JMG Perak dan pihak industri.
PERHIMPUNAN BULANAN JMG PERAK DAN LAWATAN KERJA TKP (OPS) JMG MALAYSIA, EN MOHD BADZRAN BIN MOHD TAIB.
24hb Mei 2022 (Selasa) – Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia Perak telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil.4/2022 dan Lawatan Kerja Timbalan Ketua Pengarah (TKP) Operasi, En. Mohd Badzran Bin Mat Taib. TKP (OPS) diiringi oleh En. Nizarul Ikhram Bin Abdul Rahim Dan En. Kamarul Baharin daripada JMG Malaysia Ibu Pejabat.