KUNJUNGAN HORMAT KE PEJABAT YB DATUK HAJI AYUB BIN RAHMAT PENGERUSI JAWATANKUASA KESIHATAN, ALAM SEKITAR, PENDIDIKAN DAN PENERANGAN NEGERI JOHOR

muka depan kunjung hormat yb ayub

Johor Bahru, 22 Ogos 2017 - JMG Johor telah membuat kunjungan hormat kepada YB Datuk Haji Ayub bin Rahmat Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan Dan Penerangan Negeri Johor di pejabat YB Datuk Exco di Bangunan Datoโ€™ Jaafar Mohammad, Kota Iskandar.

Baca selanjutnya

SIMPOSIUM KELESTARIAN AIR JOHOR DI KSL HOTEL & RESORT JOHOR BAHRU

muka depan simposium air johor

Johor Bahru, 8 Ogos 2017 - Selama dua hari, Simposium Kelestarian Air Negeri Johor 2017 telah berjaya mencapai objektif yang disasarkan. Simposium yang diadakan ini adalah lanjutan daripada Johor Water Forum 2015 dan dalam dua tempoh itu, beberapa program berkaitan kajian potensi air bawah tanah telah berjaya dilaksanakan antaranya di kawasan UTM, Gunung Pulai, dan Istana Pasir Pelangi. Kejayaan ini telah mendorong Kerajaan Negeri Johor untuk memperluaskannya ke kawasan Iskandar Malaysia. Noorazhar Ngatimin telah mewakili JMG dalam program selama dua hari ini.

Baca selanjutnya

SUMBANGAN JMG DALAM OPERASI MEMADAMKAN KEBAKARAN DI HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT SELATAN, SELANGOR.

SUMBANGAN JMG DALAM OPERASI MEMADAMKAN KEBAKARAN DI HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT SELATAN, SELANGOR.

JMG Selangor/Wilayah Persekutuan telah terlibat secara langsung dalam operasi bersepadu memadamkan kebakaran Hutan Simpan Kuala Langat Selatan pada bulan Ogos 2017 yang melibatkan 9 buah agensi di Negeri Selangor. Kawasan yang terbakar seluas 235.7 ekar adalah merupakan kawasan tanah gambut di dalam hutan simpan tersebut.

JMG telah mengaktifkan sejumlah 4 buah telaga air tanah sediada di dalam hutan simpan ini. Telaga-telaga ini adalah sebahagian daripada telaga air tanah yang telah dibina oleh JMG mulai tahun 2009 di bawah Program Pembinaan dan Menaiktaraf Infrastruktur bagi Mencegah Kebakaran Tanah Gambut untuk Mengatasi Jerebu di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. Air tanah daripada 4 buah telaga ini yang telah dipam ke dalam parit-parit yang bersebelahan adalah merupakan sumber air yang utama bagi memadamkan kebakaran ini. Telaga-telaga tersebut telah diaktifkan selama 24 jam dan jumlah air tanah yang dikeluarkan ialah sebanyak 30 juta liter. Dengan sumber air tanah yang mencukupi ini dan kerjasama daripada agensi-agensi lain, operasi ini telah berjaya memadamkan keseluruhan gambut yang terbakar tersebut dalam masa 15 hari iaitu bermula pada 04 hingga 18 Ogos 2017. Kejayaan operasi ini telah mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri dan telah mendapat liputan yang meluas daripada media massa tempatan.

Baca selanjutnya

KUNJUNG HORMAT KETUA PENGARAH JMG MALAYSIA MENGADAP DYMM SULTAN JOHOR

kunjunghormat sultan

Johor Bahru, 2 Ogos 2017 - YBhg Tuan Haji Shahar Effendi bin Abdullah Azizi, Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia telah mengadakan kunjung hormat mengadap DYMM Sultan Johor.

Turut serta dalam kunjung hormat ini ialah pegawai-pegawai JMG Johor iaitu En Mohd Sari Hassan (Timbalan Pengarah), En Noorazhar Ngatimin (KUGS) dan En Mohamed Hizam Abd Kadir (KULK).

Baca selanjutnya